Thursday, January 29

Laporan Cuti CNY.

Hari ni mama masuk kerja setelah cuti panjang.

Well, semalam EL sebab taska tutup dan Irma pulak demam. Asyik nak melekat dengan mama aje.

Cuti panjang ni, kami bercuti ke PD. Satu malam aje. Bercuti di Bayu Beach. Hmm... bilik hotel penuh so kami dapat apartment aje. Aunty Farah yang book-kan. Last minute punya plan so terima ajelah mana yang dapat.

Dulu mama pernah jugak kursus kat Bayu Beach ni. Dok kat hotel. OK la jugak. Not bad untuk resort lama. Tapi... last week memang horror lah. Mungkin sebab duduk apartment. Takde room service. Bilik pun diorang tak well-maintained. Kesimpulannya, memang agak hampes lah.

Apartment ni ada dua bilik, satu bilik air. Bilik yang mengadap laut tu mmg agak besar la jugak. Sesuai la nak tido ramai2 untuk kami yang 12 org dewasa, 7 kanak-kanak. Tapi... air cond rosak la pulak. Kipas pon takde. Bilik yang lagi satu lagi tu aircond ok, siap berkipas lagik. Huhu.

Petang, bawak budak2 mandi laut. Imran pun ikut sekali. Memula cadang nak bawak Imran main pasir aje. Last2 dia yang merengek nak masuk laut. Inilah 1st time Imran mandi laut. Kemain suka dia. Mandi laut tak pakai diapers. Nasib baik tak ter-uk uk. Kalau tak, haru jugak kan. Hehehe.

Malam tu, atuk, nenek, nek jah, aunty aisyah, abah, uncle aza tido kat ruang tamu. aunty baya, aunty farah, aunty nana tido kat bilik panas tu. mama, imran, irma, aunty dila, aunty ila, budak2 semua tido kat bilik aircond. Nasib baik ada baby. Dapat la tido bilik aircond. Kehkehkeh.

Tengah malam, abah ketuk pintu. Abah kata nyamuk banyak sangat kat luar. Abah ni dah trauma dgn tempat banyak nyamuk semenjak kena denggi hari tu. Oh ye, abah tido kat BALCONY kat ruang tamu tu dgn uncle aza. Abah terjaga tengok2 uncle aza dah takde, lari masuk bilik. Abah pun lari masuk bilik jugak lah. Hehehe. Nasib baik muat lagi nak 'sumbat' abah tido atas katil tu sebelah Irma.

Pagi esoknya, bawak lagi Imran mandi laut. Mama just lepak je tepi laut dengan Irma. Irma batuk-batuk dan selsema. Kalau tak, nak jugak try bagi Irma masuk laut. Boleh ke ek?

Tengah hari check out, atuk ajak lalu jalan lama. Keluar kat Bagan Lalang, lunch kat situ. Hampes sungguh masakannya. Mama order mee bandung tapi tatau la mee apa yang orang tu masak. Sungguh turn off.

Sampai kat Cheras, mama ajak abah singgah klinik sebab badan Irma makin panas. Doktor kata Irma kena jangkitan pernafasan. Puncanya tak tau. Irma kena masukkan ubat bon bon tu. Pastu doktor bagi Irma ubat demam, ubat batuk, selsema dan antibiotik. Adeh banyaknya. Irma ni macam abang dia gak masa kecik-kecik. Susah beno nak makan ubat. Sure dia akan muntahkan balik. Huhu. Oh ye. Doktor kata kalau suhu badan dia still panas masa hari Selasa, kena datang balik ke klinik.

Isnin pagi, bertolak balik ke Seremban. Badan Irma masih panas lagi walaupun tak sepanas semalamnya. Tapi mama cukup risau. Imran seperti biasa, kat Seremban cukup happy sebab ramai geng. Hari Selasa bertolak balik ke Cheras. Irma still demam. Punyalah payahnya nak bagi dia makan ubat. Tapi badan dah tak panas. So takde lah bawak pi klinik balik.

Hari Rabu mama cuti sebab taska tutup. Ada kes kaki tangan mulut (yeke gini nama penyakit tu?). Mama decide sepanjang minggu ni Imran & Irma takyah gi taska lah. Risau mama. Plus Irma belum betul2 sihat. Nafas pun dah start berbunyi. Malam ni mama nak ajak abah ke Klinik Dr Saiful kat Kajang. Nak minta dia tengokkan pasal nafas Irma. Takut2 kahak dah banyak sangat. Plus nak minta nasihat dari dia pasal berat badan Irma ni. Normal ke, atau perlu buat sesuatu ke, atau apa2 lah.

Oh ye. Nenek dah tak bising2 pasal kecomelan Irma. Sebabnya Selasa lepas ada kawan nenek datang rumah dengan cucunya. Cucu dia tu umur dalam 6 bulan. Kiut miut macam Irma jugak. So bila nenek tengok ada baby lain yang kecik jugak saiznya, takdelah nenek risau sangat. Mama tau nenek risaukan Irma, takut Irma tak membesar mcm budak2 lain. Tapi, itulah. Apa yang mama perhatikan budak zaman sekarang memang ramai yang kiut miut. Tak tahulah ok ke dak. Tu yang nak tanya Dr malam karang tu.

Ok lah. Sekian laporan dari mama untuk aktiviti sepanjang cuti CNY. Laporan2 lain akan menyusul seperti biasa. Wakaka.

1 comment:

Opie said...

zety, cube ko try bawak kat klinik kwan kat kajang tuh...dr tuh pakar kanak2...anak buah aku kene asma, mesti gi situ..kalau amek ubat kat situ jarang la die kene asma..kalau die amek ubat klinik lain, slalu sgt asma die dtg

cume nye mahal sket la...tp mmg dr tuh dr pakar kanak2...dr nye pon bagus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!