Tuesday, January 13

Jurnal EBM 120109

Oh dah lama gila tak hapdet pasal jurnal EBM ku ini kan? Gilos takde disiplin mak anak dua nih. Kehkehkeh.

Hm... so far hari ni:
1100 hours: 7 oz.
Update:
1700 hours: 5.5 oz

Alhamdulillah. Masih ada rezeki buat Irma. Irma pun makin kerap bangun malam. Biasanya 2-3 kali jugaklah. Tapi, Irma ni selalunya nenen kejap-kejap ajelah. 5-10 minit aje. Pastu stop kejap. Mengamuk sakan kalau kita suakan B kat dia. Biasanya kalau mata dia terbukak, maknanya dah takmo baring lagi la tu. Nak kita dukung dia. Kalau mengamuk masa matanya tertutup, tu maknanya nak suruh kita letak dia atas tilam. Nanti dia tidur sendiri.

Tapi kadang-kadang mengamuk tak tau apa sebab. Sudahnya mama sumbat lagi sekali B kat dia. Irma nenen balik sampai tertidur. Biasanya macam tu lah....

Oh ye, pasal pumping pulak, mama perasan kalau mama try tambahkan kekerapan mengepam, let say 2-3 jam sekali, susu yang keluar sangatlah sikit. Tapi kalau mama pam selang 4-5 jam (tunggu rasa B bengkak), susu mencurah-curah! Mungkinkah strategi mengepam 2 jam sekali tak bersesuaian dengan mama?

Patut ke ikut gaya sendiri atau ikut gaya yang biasanya digunapakai oleh kebanyakan mommies?
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!