Friday, January 9

Murah Air Mata

Ye... mama seorang yang sangat murah air mata. Senang sangat mengalirkan air mata bila hati tersentuh. Lebih-lebih lagi bila libatkan baby. Tak kisah la baby siapa.

Semenjak dua menjak ni mama blog hopping, ter-singgah kat blog ibu-ibu yang kehilangan anak, bukan atas kecuaian sendiri. Tapi kecuaian pihak BS atau nursery.

Bila baca kisah diorang, rasa sedih sangat-sangat. Mengalir air mata mama sebanyak-banyaknya walau macamana pun mama tahan. Agaknya apa lah staf kat ofis ni kata bila nampak mama menangis macam hape. Lagi-lagi bila tengok gambar baby yang comel-comel belaka, kini jadi bidadari syurga menantikan ibubapanya. Lagiii lah lajuuuu je air mata mama ni mengalir. Macam air terjun pon ada. Baca pula entri-entri si ibu yang amat-amat merindukan anaknya, owhhh.... makin deras lah air mata mama dan bengkak-bengkaklah mata mama ni menangis.

Teringat anak-anak mama yang sekarang ni kat Cheras dengan nenek dan aunty. Teringat pula, macamana agaknya keadaan sebenar kat nursery bila mama hantar Imran dan Irma ke sana. Agak-agaknya, elok ke cara penjagaan diorang? Diorang ada tinggal-tinggalkan budak-budak ni tak (especially babies yang memerlukan 200% perhatian dewasa). Saat-saat macam ni, rasa nak je resign dan jadi SAHM secara full-time. Alangkah best nya. Anak sentiasa depan mata.

Kemudian berita di Palestin pulak. Dapat pulak email yang mengandungi gambar-gambar yang sangat menyayat hati. Mengalir lagi air mata. Mama tak henti-henti beristighfar bila tengok gambar-gambar tu. Bilalah agaknya kekejaman Israel ni nak diberhentikan? Gambar-gambar penduduk Palestin yang dibom, lebih-lebih lagi baby dan kanak-kanak, sangat-sangat-sangat meruntun jiwa mama yang fragile nih. Kejam sungguh Israel ni. Kenapa orang awam yang disasarkan? Penakut betul!

Kemudian banyak pulak keluar dalam paper berita-berita kes buang bayi ni kat tempat-tempat yang tak sepatutnya. Dalam tong sampah la, lubang jamban la, belakang rumah orang la. Adeh. Apa hal la dunia sekarang ni. Orang lain begitu meratapi pemergian anak-anak mereka. Yang ni buang sesuka hati pulak. Sekali lagi, air mata mama mengalir. Kesian nasib baby yang tak berdosa tu. Lebih-lebih lagi baby yang dijumpai tak bernyawa. Rasanya, ramai pasangan yang inginkan anak tapi belum ada rezeki, yang sanggup membela anak-anak terbuang ni.

Well, mungkin si pembuang anak tu ada sebabnya sendiri. Tapi, dibiarkan mati berseorangan, kesejukan, kelaparan, kesakitan, dihurung serangga, adalah sangat-sangat tak patut dan kejam! Bukan ke lagi elok kalau diletakkan bayi-bayi tu kat tempat yang dapat dipastikan keselamatannya, dan terjamin nyawanya, kan? Bukanlah mama galakkan pembuangan bayi. Cuma, entahlah. There's no word that can explain how I feel about this. Eceh. Terus speaking landen pulok.

But then, bila difikirkan balik, mungkin lebih elok anak-anak yang tidak berdosa ni bersemadi di sisiNya daripada hidup terseksa dikeji orang yang tak de otak. Bukan budak tu yang salah tapi mak bapaknya! . Cuma... cara mereka 'pergi' tu yang mama rasa kesian sangat-sangat.

Baca kisah-kisah ni buatkan mama bersyukur kerana Allah kurniakan mama anugerah yang tak ternilai; anak-anak mama. Kasih sayang mama bertambah-tambah buat anak-anak mama. Tapi dalam masa yang sama, buat mama risau. Risau tentang keadaan sekeliling anak-anak mama.

Kat nursery - harap-harap nursery dapat berikan jagaan terbaik buat anak-anak mama. Harap mereka treat anak mama macam anak/adik mereka sendiri dan tidak abaikan atau melebih-lebihkan baby/toddler lain. Semuanya dilayan sama baik, sama istimewa.

Kat persekitaran - harap-harap anak-anak mama membesar dalam persekitaran yang baik. Berkawan dengan orang yang baik-baik, dan tak terjebak dengan benda-benda yang boleh binasakan mereka. Nauzubillah. Harap-harap mama dan abah mampu meletakkan anak-anak dalam persekitaran yang baik dan cukup Islamik.

Kat peringkat global - semoga umat Islam terus bersatu menentang zionis yang kejam. Mungkin Palestin jauh dari Malaysia. Tapi, efeknya tetap ada. Pada siapa lagi kalau bukan pada diri kita sendiri dan jugak anak-anak kita.

Semoga kita dapat yang terbaik dariNya.

Maaf atas entriku yang emo di pagi hari.

6 comments:

~ As ~ said...

emo sesangat... saya pun jenis murah air mata jg.. baru2 baca blog memori zulaikha tu, nangis2 depan pc...sedih..

eZa said...

bile dh jd mama nih asal ade bende involve baby/toddler mmg sng betul menangis & emo... hope anak2 kite sume sentiasa dilindungi-Nya walau di mana berada :)

Unknown said...

As - itulah... start baca blog mamazulaikha tu la saya dok meleleh-leleh air mata ni dalam opis. adeh.

eza - sifat keibuan tu sangat2 kuat kan bila dah ada anak? senang sangat tersentuh. huhuhu.

sayangibu said...

daku sepertimu jua zety...x blh thn kalo ada apa2 perkara bruk yg menimpa anak2 kecil yang tak berdosa. Mmg airmata nih mudah je meleleh...

lia said...

sama dgn lia.. murah sgt dgn air mata... terutama yg melibatkan baby @ anak2 kecil..

skng ni bler tgk berita palestine, mmg xpnh g berjaya xtumpahkan air mata...

Unknown said...

sayangibu & lia: tu lah kan... agaknya kalau ditadah dalam baldi, harus penuh air mata! hehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!