Wednesday, April 4

Not So Wordless Wednesday


Gambar dan berita dari sini
 Rabu minggu lepas, kami dapat berita yang mengejutkan tentang biras saya, suami kepada SIL no 2 yang meninggal dalam kemalangan.


Gambar kat atas tu Estima yang dinaiki Allahyarham. Driver hilang kawalan lepas tu Estima tu terus himpit divider jalan. Allahyarham tercampak keluar dan meninggal kat tempat kejadian.


Sedih. Sebak. Sedih bila terkenangkan anak isteri Allahyarham. Masih teringat anak-anaknya yang menangis dan sanggup tunggu hingga tengah malam kat hospital semata-mata nak tunggu jenazah Allahyarham selamat dimandikan dan dikapankan. "Nak tunggu abah," kata budak-budak tu. Sayu sangat.


Sabarlah anak-anak. Doakanlah semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Sedekahkan al-Fatihah kepada abah korang setiap kali korang teringatkan dia. Hanya doa dari korang je yang sampai pada dia.


Saya doakan semoaga SIL kuat dan tabah. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Hingga saat ini pun rasa macam tak percaya yang Allahyarham dah takde.  Kalau saya sendiri rasa macam tu, isteri dan anak-anaknya apatah lagi. Mesti terasa sangat kehilangannya :(


Kepada Allahyarham Saifuddin Kandar, semoga damai rohmu di sana. Amin.



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!