Wednesday, February 18

...


SERDANG: Seorang ibu hanya mampu menitis air mata pilu apabila bayi lelakinya yang baru berusia tiga bulan mati akibat tersedak susu ketika mangsa dalam jagaan pengasuhnya, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari, bayi berkenaan, Daniel Thaqif Juraimi dikatakan tiba-tiba tidak sedarkan diri sewaktu diberi minum susu oleh pengasuhnya yang tinggal di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi di sini.

Difahamkan ketika insiden, pengasuh berkenaan yang turut menjaga empat bayi lain cemas apabila mendapati bayi berkenaan mengalami kesukaran bernafas.

Dia kemudian dikatakan meminta bantuan suaminya sebelum bergegas menghantar bayi berkenaan ke Hospital Serdang.



Bagaimanapun, doktor hospital berkenaan cuba memberikan bantuan oksigen untuk menyelamatkannya namun gagal apabila mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 3.45 petang.

Ibu bayi berkenaan, Nursanisah Sargiman, 31, berkata, dia hanya dimaklumkan oleh pengasuh berkenaan yang juga jirannya berhubung kemalangan yang berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Katanya, dia terkilan kerana pengasuh terbabit tidak tampil di hospital untuk menemuinya dan menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

“Sehingga kini, saya tidak pasti punca anak lelaki saya itu meninggal dunia dalam keadaan mendadak walaupun bedah siasat mendakwa anak saya itu mati akibat tersedak susu.

“Apa yang saya tahu, selain menjaga anak saya, pengasuh berkenaan turut menjaga empat bayi lain di rumahnya. Walaupun sedih namun saya reda dengan ketentuan Illahi atas apa yang berlaku,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta di Bangi menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk melakukan siasatan terhadap kes kematian anaknya itu.

Sementara itu bapa mangsa, Juraimi Ali, 33, melahirkan rasa terkejut dan tidak percaya dengan nasib menimpa anak keduanya itu yang mati dalam keadaan mendadak.

Sementara itu, pasangan suami isteri berkenaan dilihat menuntut mayat bayi berkenaan di bilik mayat Hospital Serdang pada jam 6 petang sebelum menaiki van untuk pulang ke kampung Juraimi di Kuala Lipis, Pahang bagi pengkebumian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood yang dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kematian bayi itu dianggap kematian mengejut, tetapi siasatan diteruskan.


3 comments:

lia said...

alaaa knp ada cter sedey lak ptg2 nih....
;(

btw imran cmner? lia doakan dia cpt sihat, amin

Mommy2H said...

mcm kes bb zulaikha tu jugak meninggal kat pengasuh..
al-fatihah buat kedua2 nya...

Unknown said...

lia: tulah... benci bila ada berita macam ni. tapi saja tepek buat ingatan dan renungan.

mommy2h: tu lah kan. kesian sangat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!