Ramainya laaa umat kat taman tu. Pastu ramai pulak yang pakai baju merah walaupun tak terlibat apa2 pun dengan gath tu.
Mama bawak air kotak aje (macam biasa hahaha).
Sampai sana, kita makan duluuuu. Ngehngehngeh. Makan sate yang sedap itu. Dan jugak roti jala. Yang lain-lain tak sempat nak makan sebab Imran dah tak tahan dah tengok mainan kat playground tu. Irma pulak dah start merengek. Nak nenen.
Oh ye. Mama ni tergolong dalam umat manusia yang masih shy-shy cat nak nenen in public. Serius. Walaupun mama ada itu nursing cover, tapi mama still segan lah. So mama berlari ke kereta untuk nenenkan Irma. Tak praktikal, I know. Hm... kena cuba jugak one day nanti kan? Huhu.
Well, kat gath tu mama beli 2 keping CD Lunatots. Sampai sekarang CDs tu masih lagi dalam plastic bag. Kehkehkeh. Satu kaler merah, satu kaler hijau. Before this mama cuma ada sekeping CD Freshbot 2nd hand.
Beza antara dua CD ni, Freshbots bulky and Lunatots ni nampak macam slim dan trim. Tapi tahap ketahanan dia tak boleh la nak dibezakan sebab belum try lagik. Cuma yang Freshbots ni sangat bagus la tahap absorption nya. Setitis pun tak bocor. Tapi sangatlah bulky sampaikan Imran terkengkang-kengkang bila berjalan. Hehehe. Harap-harap Lunatots ni sesuai lah dengan Imran dan Irma. Kalau sesuai akan kuborong berbondol-bondol untuk budak berdua ni.
Masa kat gath tu jugak mama ingat nak beli pouch sling Kak Shada kita. tapi tak sempat jugak. Ramai betul yang kerumun Kak Shada untuk try sling dan jugak memborong. Mama dah lama nak beli tapi tak tau saiz (read: malas nak ukur. boleh?). Ingatkan nak ambik kesempatan membeli la masa gath ni. Tapi disebabkan Kak Shada nampak begitu bz, dan anak-anak mama dah mula rimas, so mama pun dengan separuh hati balik lah ke rumah.
Abah pun nampak penat sangat. Almaklumlah Sabtu tu abah join komuniti rumah kami main futsal. Dah lama tak bersukan, pancit la sana sini. Hihi. Ni gambar abah:
Cuba cari/teka mana En Abah kesayangan beta itu? Kalau teka dengan betul.... takde hadiah pun. Saja je teka. Hahaha.
Oh ye. Kat gath tu jugak mama terjumpa kawan lama mama masa zaman sekolah dan degree dulu, Arbee. Lama gila tak jumpa. Tup tup dah anak sorang dah. Well, Arbee masih maintain macam dulu. Borak dengan dia pun tak banyak sebab tak sempat.
Kawan-kawan yang lain ada yang attend tak? Minta maaf la kalau mama tak tegur. Mama tak sempat nak usha name-tag orang lain. Dah lah mama ni jenis susah nak ingat muka orang. Plus pendiam yang amat. Huhu. kronik kan?
UPDATE:
Kawan-kawan yang lain ada yang attend tak? Minta maaf la kalau mama tak tegur. Mama tak sempat nak usha name-tag orang lain. Dah lah mama ni jenis susah nak ingat muka orang. Plus pendiam yang amat. Huhu. kronik kan?
UPDATE:
5 comments:
keh keh ku pun beli 2 CD dengan lunatot color merah dan biru
rasanya kalau kita terlanggar bahu pun tak kenalkan. (ku pun bangsa susah cam orang)
aku tak pakai name tag, my adib dah rembat, siap pakai kat baju dia.
masa diorang bagi name taq ku tengok name tag zety ada g, ingatkan tak datang keh keh
pasai sling tu pun ku tak sempat nak ukur dan beli ramai giler cam pisang panas.. last2 amik kad jer dengan shada
opps terpanjang sudah
salam singgah, zety pun ada ke smlm. Kenapa tak perasan pun yea.. Saya pun pergi tapi saya pun tak sempat tegur semua org. Anakanda ku tidur, jadi kena lah duk berpangku sambil dgr sue bg explanation jer..
syok nyer... hari 2 pon p tasik shah alam nyer gathering kan? lia jugak yg xsampai2 hu3...
btw, kalau nk tukat pump letrik, lawat la kedai kecik ku http://liaestore.blogspot.com/
yg bdiri kat belakang, no 6 dari kanan tu mcm muka familiar - tp tak ingat sape.
MamaAdib: Ooo saya datang lambat sikit. Dalam pukul 1030 gitu.
Mirah: Oh ok la tu tido. Anakku dok melalak sajer. Tu yg tak dapat nak beramas mesra tu. *sigh*
Lia: Haah pi gak yg SI punya. Dah dekat sgt dgn rumah.
MIO: Dari kanan tu means, dari kanan kita ke, dari kanan org yg bergambar? Eheh. Kompius sikit. Kalau dari kanan kita... yg pakai baju putih itu... en abah le tu. Kalo dari kanan org yg bergambar, yg pakai baju biru gelap tu, ehem tak kenai le. Hehe. Ampun.
Post a Comment