Tuesday, February 24

Kencing Lipas & Bebelan Parking

Mama sakit mata la pulak....

Mata kanan ni macam bengkak. Rupa ketumbit pun ye. Mama perasan mata ni bengkak masa malam tadi, masa tidurkan Imran. Pastu rasa gatal2 dan berair.

So pagi ni pi klinik. Takde la sakit pun. Cuma takut berjangkit kat anak-anak. Kan ke payah nanti.

Doktor just bagi ubat tahan sakit, ubat gatal, antibiotik dan ubat sapu. Doktor kata sakit ni tak berjangkit. Nasib baik...

Erm.. ada kawan mama kata kadang-kadang mata bengkak dan gatal-gatal sebab kena KENCING LIPAS. Ye ke? Mama tak pernah pulak mendengarnya. Bila masa pulak lipas tu nak kencing? Apsal kat mata mama pulak? Hoho.

Oh ye, sebelum pi klinik mama pi ofis dulu. Ketuk itu punch card and inform itu boss. Waduh! Apsal laaa jem teruk sangat kat dalam tempat kerja mama nih? Mama sampai kat pintu gate pukul 8 pagi. Sampai kat ofis pukul 8.30! Padahal biasanya dalam 3 minit aje masa yang diambik dari gate ke ofis mama. Tensen okeh! Ni semua gara-gara students-yang-kaya-raya-bawak-kereta-sorang-satu-pastu-tak-reti-nak-parking-ikut-peraturan la ni!

Mungkin patut catukan aje sticker untuk diorang ni. Tapi student zaman sekarang bijak hokeh. Dia boleh duplicate sticker kereta staf and dengan selamba badak tempek sticker tu kat kereta dia. Waduh. Bijak kan?

Student zaman sekarang takmo hidup susah. Nak park betul-betul depan fakulti dia. Jalan kaki setapak dua pastu sampai kelas. Gila heaven. Tapi parking kat tempat staf. Siap ada yang parking kat tempat letak kereta khas lagik! Aduyai. Panas sikit, berpeluh sikit, mengadu macam kena dera.

Mama dulu naik turun bas. Dengan berebutnya tak payah cerita la kan. Dengan segala tok nenek bau macam-macam ada. Pastu naik pulak segala mala bukit bukau tangga bertingkat2 sebelum sampai ke kelas. Itu pun kena berebut jugak naik lif. Almaklum kelas mama kat tingkat 14. Pun pernah ada kes (kawan mama la. kalau mama harus ku kurus ramping jelita) menapak naik tangga 14 tingkat. Semata-mata nak sampai kelas tepat pada masa and nak elakkan berebut naik lif.

Tapi mama naik bas pun tak lama sebab lepas tu bawak kereta sendiri jugak. Kes tak dapat kolej lah nih. And kes En. Boipren (now En Abah) jeles mama berebut sakan naik bas dengan bebudak laki lain. Tapi mama bawak kawan2 semua pi kelas okeh. Bukannya bawak kereta sorang2. And mama takde la park kat tempat staf. Mama parking kat tempat student, menapak jalan kaki ke kelas tau.

Huhu. Tetiba emo ku datang. Terus membebel pulak.

Kesimpulannya, tolonglah ikut peraturan. Kalau pak gad kata jangan parking situ, jangan la. Sila la parking kat kawasan student. Anda masih muda belia bukannya macam mak yang dah lenguh2 badan nih. Tenaga banyak so tolonglah guna tenaga anda itu.

Sekian bebelanku.

4 comments:

cysev3n said...

hebat tu bley duplicate.. biasa guard bley cam sama ada tu keta staf betul ke idak.. kalau bukan, clamp je..

Ms Lola said...

Kencing lipas tu mak pernah dgr. Tulah, kenapa tang mata jugak dia nak kencingkan?

Unknown said...

CY: owh budak2 zaman sekarang kereta pun dah ghope kereta orang besau. besau2 semuanya.

mimielola: itulah. kenapa tak kencing kat hidung ke, mulut ke (yucks)

rohaadam said...

zety,
nie mesti bukit tonggek uITm S.A...memang seksa zaman student dulu..habis diredah bukit bukau tu :-))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!