Friday, December 5

Geramnyaaa

Geram 1
Mama baru lepas sesi mengepam tadi. Oh ye hari ni mama lupa nak pakai breast pad okeh. Jadi semasa mengepam untuk mengelakkan adegan 'kebocoran' dan 'kebasahan' di baju, mama cover itu B yang tidak dipam dengan penutup botol avent, boleh? Haha. Kreatif, kan?

Tapi tadi entah macamana salah teknik (FYI, mama dah pernah buat teknik peng-cover-an ni banyak kali - gara-gara lupa nak pakai breast pad - betullah orang baru lepas bersalin kebanyakannya pelupa tahap dewata), habis lencun baju dalam-dalaman itu okeh!

Geram 2
Lepas habis mengepam mama letak itu pam dan botolnya sekali di sisi mama. Entah macamana tangan mama boleh ter-langgar itu pam, lalu jatuhlah itu pam dan tumpahlah sedikit EBM ku!

EBM yang asalnya 5oz telah menjadi 4.5oz sahajer. Sungguh tensi!

Nota: Untuk mereka yang tidak pernah menjalankan sesi mengepam mesti rasa mama ngengada sebab 0.5oz punya EBM pon nak kecoh! But for me, even 0.00001oz pun EBM yang tumpah, sure rasa sedih dan pikir, sayangnyaaaa susu ku itu! - Lain orang lainlah cara pemikirannya, kan?
Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!