Hari ni mama nak tempek satu resepi, ikan masak lemak cili api versi sukati-sendiri-asal-sedap-dimakan. Masak kelmarin.
Ye, mama tau resepi ni sangat la koman nya tapi nak tempek gak. Sajaaaa....
Minta maaf, gambar tidak disertakan.
Bahan-Bahan
Ikan selar 3 ekor ---> sukati korang la nak guna ikan apa.
Santan ---> mama beli yang dah siap perah punya. sonang!
Tomato 2 biji, potong 4
Sedikit serbuk kunyit/kunyit hidup
Garam secukup rasa
Daun kunyit
Air secukupnya
Bahan Kisar
Cili api 20 biji --->kalau takmo pedas sila kurangkan jumlahnya dan vice versa.
Bawang merah 3 biji
Halia 1 inci
Cara-cara
Masukkan segala bahan dalam satu periuk. Nyalakan api. Sentiasa kacau hingga mendidih. Siap. Sedia untuk dihidang.
Senangkan? Memang mama sukaaa sangat kalau abah request masak lemak cili api sebab tersangatlah senang membuatnya.
3 comments:
wah! masak lomak cili api...mak tera bab2 lomak api ni ;p ekekeke
eh, beb....hang kena sambung soap opera episode 14 na..sila hadir ke blog mak nyah ;p
p/s: sila jgn emo..
wallaaa...sedapnyerrr....terasa2 lak kat tekak nih...;)
i'm waiting for sambungan soap opera, cepatttttt!! haha
Post a Comment