Wednesday, March 11

Cuti-cuti Penang 3

Memang lama sungguh perjalanan pulang kami.

Mula-mula sebab jem. Kemudian berhenti makan kat R&R mana ntah. Aku ni jenis tak ingat nama tempat, harap maklum. Lunch kat sana. Kemudian teruskan perjalanan. Dalam kereta, Imran muntah. Berhenti pulak kat perhentian mana entah. Bersihkan Imran. Aku siap tersilap masuk toilet lelaki lagik. Hahahaha.

Kemudian berhenti lagi kat R&R mana ntah untuk sembahyang. Aku tak ingat R&R mana tapi yang ada jual buah-buahan tropika tu. Aku beli jambu epal yang dah siap potong-potong tu. Manis yaamat. Dia rendam dalam air gula ye? Tapi sedap!

Stesen berikutnya, entah perhentian mana pulak. Serius memori aku ni dah makin kronik tahap pelupanya. Berhenti sebab tukar diaper Irma plus aku tak tahan nak terkucil. Ekekeke. Makan malam kat situ sekali. Ada pulak agro bazaar. Tapi aku tengok macam takde mende je.

Lastly, berhenti kat restoran jejantas Sungai Buluh untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. Aih... banyak sangat berhenti kitorang ni. Mana laa tak lambat sampainya. Sampai Cheras dalam pukul 10 malam. Malam tu Irma tidur tak bangun-bangun sampai la ke pagi. Sama la dengan mamanya ni. Hehehe.

Selasa. Aku ambik cuti konon nak berehat la konon. Konon nak balik Shah Alam awal la konon. Konon je. Tetiba ayah aku kata nak bawak cucu-cucunya pi Sungai Congkak. Ah sudah. Ikutkan aje lah. Pukul 3 petang, Imran & Irma dah tergolek atas tilam. Pukul 6 baru diorang bangun. Sudahnya, Sungai Congkak entah ke mana. Terus le kami balik Shah Alam pukul 6 lebih tu.

Kesimpulannya, cuti ke Penang memang seronok. Cuma tak banyak tempat yang sempat kitorang pi. Ye lah, pi ramai-ramai, semua tak tahu jalan pulak tu. Main redah je. Bawak pulak budak-budak kecik. Sekejap aje dah penat. Bukan budak-budak yang penat, mak budak yang letih tak hengat!

Pastu yang aku perasan, sepanjang kat sana B aku asyik bengkak je walaupun Irma asyik bergayut. Aku rasa sebab aku makan nasi kandar la. Kan ke kuah dia tu ada macam-macam rempah ratus yang boleh bantu tambah susu kan? Ishhh... sayang bilik kat hotel tu takde fridge. Kalau tak, boleh aku jalankan aktiviti mengepam dan buat stok.

Satu je yang aku benci masa pi Penang. Berat aku naik 2kg!!!! Benci tau!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!