Wednesday, March 11

Cuti-cuti Penang 2

Tak best betul sebab punyalah panjang beratur nak beli tiket. Tapi tiketnya untuk ketapi pukul 3.45 petang, walhal masa tu baru je pukul 12 lebih! Takkan nak tunggu sampai 3 jam? Kesian le kat bebudak ni. So... kensel la trip to Penang Hill aka Bukit Bendera. *sigh*

Maka berangkat la kami ke Batu Feringghi. Tengah hari buta cenggini mana ada pasar malam dia tu kan? Hampa sungguh. Kedai pun tutup semuanya. Tak dapek le nak beli fridge magnet buat seorang teman yang memesannya kat aku. Sedih tau.

Disebabkan dah tengah hari so perut masing-masing dah menyanyi boria. Mak sedara aku teringin nak makan nasi kandar. Ikut kata kawan En. Abah, nasi kandar paling sedap ialah kat Masjid Kapitan Kling. Tapi disebabkan kami kat Batu Feringghi, maka bernasi kandar kat area situ aje lah. Maka singgah la kami kat Restoran Khaleel. Aku makan nasi kandar *again*, lauk ayam madu. Sedap ke idak ku pun tak pasti sebab dah lapar sangat. Kahkahkah.

Lepas lunch, berangkat ke Taman Rama-Rama kat area Batu Feringghi juga. Tiket berharga RM10 kalau ada MyKad. Nasib baik anak-anak aku kecik lagi so tiket free aje. Agak lama jugak kat dalam Taman Rama-Rama tu. Bukannya heran sangat tengok rama-rama tapi teruja tengok memacam spesis serangga yang rupanya pelik-pelik. Macam rupa ranting ada, daun ada, bunga orkid ada. Owh paling geli ialah ulat gonggok giant! Sungguh besar! Bayangkan kalau korang terserempak ulat ni kat laman rumah korang, atau dalam rumah korang? Eewwww!

Hm. Aku dengan En. Abah lama kat dalam gift shop kat Taman Rama-Rama tu. Mencari souvenir untuk family En. Abah.

Lepas Taman Rama-Rama, kami ke town semula. Nak cari jeruk. Lagi skalik, tersesat-sesat dibuatnya. Terasa macam apa pulak asyik sesat sokmo. Akhirnya jumpa jugak. Borong jeruk berplastik-plastik, kalah orang pregnant. Ekekeke. Murah gila beb! Bayangkan kalau jeruk buah salak tu kalau kat KL 100gm aje dah berapa RM. Ini aku beli 1/2kg beb. 1/2kg! Baru RM3.50! Sungguh heaven. Nasib baik la jeruk ni bukan makanan ragi. Kalau tak, harus aku borong satu kedai gamaknya. Haha. Lepas beli jeruk, pekena cendol pulut yang dijual kat tepi jalan. Pergh!!!! Kaw tak ingat punyalah! Memang tak jumpa kat KL mahupun SA cendol macam ni punya sedap. Teringat-ingat sampai sekarang keenakan cendol tu. Slurp!

Lepas penat shopping jeruk, kami surrender dan balik ke hotel. Lepas Maghrib kononnya nak meneruskan perjuangan ke Padang Kota, tapi pihak majoriti nak makan tomyam kat tepi laut. Huhuhu. Tomyam lagi ka? Bila nak makan laksa, pasembor segala macam makanan lain ni? Tensen seh. Tapi ku ikutkan aje la.

Sampai kat gerai tomyam tu. Hm... nama je tepi laut tapi pemandangan sungguh la meloyakan. Tepi gerai tu lautnya penuh dengan sampah. Kenapa takde sesiapa yang ambik tindakan ke atas gerai tu, atau sekurang-kurangnya bersihkan pantai/tepi laut tu? Sungguh kotor okeh! Food pun biasa-biasa aje (sebab hatiku takmo makan tomyam so rasa semua benda tak sedap). Lepas makan kami pun beransur pulang. Malamnya ku lepak tengok TV dengan En. Abah, layan cerita Tok Guru yang banyak potong-potong dan anti-climax tu.

Isnin. Bersiap pagi-pagi sebab nak berjuang kat Bukit Bendera. Hehehe. Pukul 8.45 pagi sampai sana. Aku diarahkan beratur sebab takut ramai orang. Surprisingly, tak ramai orang pun. Tiket untuk ketapi pukul 9 pagi. Lepas beli tiket terus masuk ketapi. Oh inilah hikmahnya dukung anak kecik. Sentiasa diberi tempat duduk. Hehehehe. Tapi ada jugak bangsa yang selfish takmo bagi orang yang memerlukan ni duduk. Sibuk nak bagi cucu dia yang dah besar bagak tu duduk. Kesian kazen aku yang tengah sarat berdiri aje.

Sampai kat puncak, kami jalan-jalan menghirup udara yang sejuk ala-ala dalam air cond tu. Jumpa gerai, makan laksa penang. Wow! Maveles beb! Aku dengan En. Abah makan sorang satu setengah mangkuk. Sungguh la sedap laksanya. Aku teringat-ingat sampai sekarang. Siap bagitau En. Abah, "jangan laaa kalau akan datang pregnant, teringin nak makan laksa ni. Nanti kena pi sini pulak." Hahahaha. Tapi siyes memang sedap!

Lepas makan, shopping-shopping souvenir pulak. Aku beli keychain untuk kawan-kawan opis, beli baju untuk Imran dan Irma, fridge magnet untuk kawan aku (you know who you are), dan souvenir untuk anak-anak buah belah En. Abah. Untuk diri sendiri? Kenangan cukuplah. Ecewah. Bajet tak cukup sebenarnya. Hahaha.

Turun semula ke bumi, kami pun pulang. Packing untuk balik ke KL.

Bertolak pukul 12 lebih, sampai rumah pukul 10 malam! Lamakan? Itu dalam episod lain pulak. Tunggu....


3 comments:

Opie said...

aku kah yg suke suki mengirim itu..ekekeke..sabo je la...best kan pi penang..mase aku gi ari tuh, weekday, walaupon ramai org gi bukit bendera, tp akde la sampai berjam2 kene tunggu..ehehehhe...

Azurah Anuar said...

hi, salam ziarah semula.

:)

btw, tempat2 yang disebut dlm entry ni semua tempat dating dulu2.

hahha.

aisey, tempat jatuh lagi dikenang.

:P

Unknown said...

Opie: siyes ramai gile orang time tu. beratur sampai keluar pintu.

Wawa: wahhh tempat2 dating ye? hehehehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!