Friday, March 13

Waktu Rehat Yang Terlebih Panjang

Uhhh pagi tadi ada meeting yang terasa sangatlah panjang masanya. Sampaikan mama tak sempat nak mengepam. Pukul 12 calling-calling abah minta jemput balik rumah (baik kan mak tak meronggeng ke mana-mana kala waktu rehat yang panjang), sebab nak jemur baju yang mama washing machine basuh pagi tadi.

Sampai rumah, first thing yang mama buat ialah mengepam. Ouh production ku makin berkurang pulak hari ke hari *sob sob*...

Selepas mengepam, rehat kejappp.... wargh ngantuk pulak mata... malam tadi mama tidur pukul 1 pagi. Pukul 4.30 dah terjaga sebab Irma nak nenen. Pastu dia takmo tidur pulak sampai la pukul 5.30. Ngantuk seh! So, mama nak amik short nap la kejap.

Zzzzz.......




































































"Ety, bangun la. Awak tak nak pi kerja ke?" Terpisat-pisat mata mama selepas dikejut oleh abah. Tengok jam kat henfon.

2.30 petang????

Takde maknanya nak jemur baju. Mama dah lambat nak ke ofis. Huhuhu.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!