Tuesday, April 14

Bapak Vroom!

Imran sekarang sangat kuat membebel. (Sejak dulu lagi sebenarnya)
Kalau kat dalam kereta tu, segala benda yang dia nampak, mesti dia nak sebut (mana vocab yang dia tahu la).

Contohnya, digi (dey-jey), shell (cel), petronas (nan), tol (ton).

Nak kita layan pulak tu. Kalau kita buat dekk je, siaplah. Kadang-kadang mama abahnya kena penampo. Haha. Sapa suruh tak layan?

Kalau dia kat dalam car seat nya kat depan and mama & Irma kat belakang, abahnya la yang jadi mangsa. Setiap benda yang dia mention, abah mesti layan. "Haah. Digi." Sekurang-kurangnya. Kalau tak, nanti dicuitnya lengan abah. Tak pun, cubit. Tak pun, babab. Apa-apa je lah asalkan abahnya layan. Haha.

Paling tak tahan? Bila nampak logo Pro.ton. Terus dia sebut, "Bapak!" atau pun, "Bapak vroom!". Sebabnya kami pakai kereta jenama itu.

Sampai abahnya selalu kata, "Apsal la kaitkan abah dengan Pro.ton ni? Kalau kaitkan dengan Hon.da ke, Toyo.ta ke, Mer.cedes ke, BM.W ke, best la sikit. Ini Pro.ton pulak. Apa laaa."

Tak pasal-pasal abah ada share dengan Pro.ton ye Imran?


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!