Wednesday, April 8

Kisah EC dan Kisah Mengandung

Semalam, saya tonton cerita ini.

Psstt... EC di title bermaksud Edward Cullen, harap maklum ya.



Nasib baik semasa saya menonton, Irma dah tidur. Imran pula kacau En Abah buat kerja. Kehkehkeh.

Saya bagi 4 bintang. Cukup?

Baca blog Mamaadib pasal nak break the news kepada orang-orang kat opis, saya teringat pulak kisah saya.

Seperti ramai yang sedia maklum, saya dapat tahu saya mengandungkan Irma semasa Imran baru saja berusia 4 bulan lebih. Oleh itu, saya berasa sangaaatttt segan/malu nak bagitau boss saya yang saya pregnant.

Masa tu, hanya seorang dua yang rapat dengan saya je yang tahu. Semasa saya pregnant juga saya siap pergi buat verifikasi stok. Orang pregnant tak digalakkan sepatutnya. Tapi sebab segan punya pasal (plus tak tahu pun orang pregnant tak boleh buat verifikasi stok), saya pi jugak. Nasib baik stor tempat saya ditugaskan itu tidak berhabuk atau semak atau membahayakan nyawa saya dan Irma (read: tidak perlu panjat-panjat atau tidak periksa bahan-bahan kimia di lab).

Bos saya siap tegur lagi, "Zety, you nampak makin berisi sekarang ni. Happy ye ada anak? Anak dah tak bangun malam ye?" Kehkehkeh. Saya senyum aje.

Saya tak ingatlah macam mana satu ofis dapat tahu saya pregnant. Saya rasa sebab saya kena pi BTN kot. Masa tu kandungan dah cecah 4 bulan. Tak berapa nampak sangat al maklum saya memang gemuk tapi pinggang baju kurung dah start ketat-ketat gitu.

Nak ke BTN kena tempah baju kurung putih dan kain hitam. Kakak tempat saya tempah baju itu (kakak tu satu ofis dengan saya) telah saya pesankan supaya besarkan sikit tang pinggang berbanding baju contoh saya. Mungkin (Mungkin lah kot. Dah tak ingat lah kisahnya. Tak senonoh kan?) dari situ kakak tu dah terperasan gamaknya.

Start kandungan 5 bulan saya dah pakai baju mengandung. Saya bersaiz besar dan perut saya jugak cepat besar, harap maklum. Masa tu ramai la dok bertanya, "La.. pregnant ke?" Hehehe.

Kalau orang dari cawangan lagi la pelik bila nampak saya. Ye lah, jarang-jarang jumpa. Tup-tup bila datang HQ, pregnant la pulak kan.

"Eh, hari tu you mengandung kan? Ni masih mengandung ke atau mengandung lagi?"

Hahahaha.

7 comments:

MS said...

ha ha part akhir tu memang lawak keh keh

sayangibu said...

kihkihkihhhh...lawak...masa preggy lagik dulu, aina umo sethn..pon segan nak war2 kan...;p

~Umi.Sufira~ said...

Zety, aku kalu ngandung kompem takleh sembunyik...bukan sebab perut tapi sebab mabuk...hihi..muka pun pucat lain macam so kompem orang prasan aku muntah2...:P

Mommy Harith Hannah said...

gelak besar aku baca dialog yg last tue...

"Ni masih mengandung ke atau mengandung lagi?"

muahahaha...

lia said...

ini adalah entry lawak... menceriakan idup ku yg mandom hari ini kekekekee....

Unknown said...

mama adib: hehehe. memang nak tergelak masa org tu tanya.

intan: itu dah setahun. mak 4 bulan beb! lagi segan.

roza: aku masa pregnantkan irma tak mabuk. Alhamdulillah. tu yg boleh cover tu.

arnie: hehehe. itu adalah dialog sebenar. hihi.

lia: saya hepi dapat ceriakan hidup anda.

Unknown said...

Salam zety

kakyong ngandungkan Aliya masa Anis baru 3 bulan.. heheh, masa tu dah le buat bsness sendiri. bila g opis klien, asyik kena sakat jer.. eh eh bukan Puan baru bersalin ke tahun lepas.. huhuuu, bertahan jer le.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!