Monday, April 6

Wiken Yang Panjang

Hari Jumaat saya pulang ke kampung En Abah. Ada majlis pertunangan kakak ipar saya. Asalnya nak balik hari Khamis malam Jumaat, tapi En Abah dan saya tertidur kepenatan (Haipp... jangan pikir yang kuning-kuning ye. Mentang-mentang malam Jumaat), sementara anak-anak dijaga oleh nenek dan atuknya di tingkat bawah. Jem teruk dari Shah Alam ke Cheras. Mencik!

Oh ye, kan saya ada bagitau yang anak-anak terpaksa dieksport oleh En Abah ke Cheras sebab Imran sakit mata, kan?

Jadi, malam Jumaat itu kami tidur kat Cheras.

Pagi Jumaat, awal-awal pagi bertolak ke Seremban. Imran belum baik demam lagi. So, sepanjang hujung minggu kat sana, memang meragam ajelah kekdahnya. Lagi-lagi, ubat selsema yang doktor bagi tu ada side-effect.

Ekzema Imran menyerang dengan dahsyatnya. Habis naik merah-merah kat area leher. Nak nak kalau cuaca panas dan Imran berpeluh. Imran pulak asyik menggaru aje.

Sudahnya Jumaat malam Sabtu tu terpaksa tumpang tidur bilik MIL yang ber-air cond. Huhu. Segan je.

Majlis pertunangan berjalan lancar. Tapi saya agak segan sebab tak banyak membantu family En Abah dalam membuat persiapan disebabkan keadaan anak-anak yang tak mengizinkan. Huhu. Saya hanya sempat tolong kupas kentang dan hiris cili. Itu aje. Hohoho. Tak senonoh punya menantu weh. Maluuu...

Malam Sabtu kami satu family tidur kat bilik sendiri semula. Hasilnya, Imran terjaga banyak kali, meraung-raung sambil menggaru-garu kepala dan leher. Ya, bilik tidur kami itu memang sangat bahang. Saya pun berpeluh sakan bila terjaga dari tidur pagi-pagi buta tu.

Jadi saya terpaksa beberapa kali basahkan rambut dan badan Imran supaya dia rasa selesa semasa tidur. Tapi hanya sekejapan aje. Lepas air kering, dia mengamuk semula. Sudahnya, saya basahkan semula rambut dan lehernya, dan halakan kipas ke arah dia sorang. Saya tahu, tak elok untuk dia, saya tahu. Tapi terpaksa. Huhu.

Malam tadi, selepas pulang ke Shah Alam, Alhamdulillah Imran tak meragam lagi. Sebab tidur dalam bilik yang ber-air cond.

Kesian anak saya.

Cepat sembuh ye Imran!





No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!