Tuesday, May 5

12 Tahun Yang Lepas

27 April, 1998


5.30 petang. Waktu riadah. Biasanya masa dihabiskan bersama rakan karibnya, D dan R. Terkadang mereka mengeluarkan peluh dengan bermain badminton di dewan dengan rakan-rakan yang lain, terkadang hanya duduk di tepi bukit menikmati angin petang, terkadang mereka menelaah pelajaran bersama. *Sungguh nerd*


Petang itu, hanya dia dan D. R? Menghabiskan masa dengan sesi kuak lentang secara sulit di atas katil di dorm. *Ponteng la tu.*


"Weh D. Jom teman aku pi tepon jap. Hari ni besday adik aku la."


Mereka berjalan menuju ke pondok telefon awam. Dia mendail nombor rumah. Berbual seketika dengan adiknya sambil mengucap selamat. Hampir tiga minit, gagang diletakkan. Diari di tangan dibelek-beleknya.


"Apa nak buat petang ni ye Z? Boring lah. Nak main, malas. Nyesal lak aku tak join R tadi," kata D. Z masih lagi membelek diarinya.


"Z! Ko dengar tak apa aku cakap ni?"


"Dengar... ha jom kita main telefon nak? Aku nak kau call nombor ni. Cakap dengan Faizal," Z menunjukkan nombor telefon yang tertera di diarinya.


"Siapa pulak Faizal ni?"


"Ada la... aku pernah chat dengan budak ni. Dia bagi nombor telefon dia. Tapi bila aku call orang yang jawab telefon tu kata takde orang nama Faizal dalam rumah ni."


"Oo... kes kena kencing la ni? Habis tu apa tugas aku lak?"


"Kau call, pastu cuba investigate sikit apa yang jadi sebenarnya? Aku tak puas hati sebab Faizal tu pernah call aku. Kalau kau dapat cakap dengan Faizal tu, kau sembur ah sikit kat dia."


"OK no prob. Aku memang pakar dalam hal-hal macam ni," gagang telefom awam itu diangkat, dan nombor yang ada pada Z didail.


+ Hello? Boleh cakap dengan Faizal?

- Er... Faizal? Faizal tak tinggal kat sini. Tapi dia tinggal dekat-dekat sini.

+ Hah? Macamana pulak tu? Awak ni siapa?

- Saya kawan Faizal....


Hendak dijadikan cerita, semasa Z berchatting dengan Faizal dulu, kawan Faizal ada di sebelah. Kebetulan semasa mereka bertukar-tukar nombor telefon, Faizal pergi ke tandas. Kawannya itulah yang memberi nombor rumahnya kepada Z.


+ Habis tu, kalau saya nak contact Faizal macamana?

- Hm... macam nilah. Nanti-nanti saya bagitahu nombor Faizal. Tapi awak kena call saya dululah. Pulak?

+ Ok... tapi dengan siapa saya bercakap ni?

- Kalau kawan saya nama Faizal, maknanya nama saya Faizol la.. Hah? Macam tu pulak? Kembar ke apa nih?


Z yang curi-curi dengar perbualan D dengan 'Faizol' mengerutkan kening.


+ Oh ye ke... Habis tu kalau saya call nombor awak ni, pastu ada pulak orang perempuan angkat, dia kata takde orang nama Faizol kat sini macamana?


Pandai kau D! Pusing-pusingkan soalan balik!


- Ha ah yek. Betul jugak. Kalau macam tu, nama saya H.


Z tidak dapat menahan tawanya. Nak tipu tapi tak reti! Hehe!


Gagang diletak. D dan Z ketawa tak putus-putus.


"Apa cerita budak ni, Z? Nak tipu tapi hampeh.. hehehe."


"Entahlah. Faizol konon." Mereka tertawa lagi. *Ni kalau cerita kat R mesti merah-merah muka dia gelak ni.*



"Jomlah. Waktu riadah dah nak habis. Jom kita kejut dak R tu, Ajak dia makan malam." Mereka berjalan bersama menuju ke Blok F. Naik ke tingkat 2. Bilik F2-13.


"La... budak ni. Tidur lagi? Hoi R bangun la! Kitorang ada cerita best ni!"


P/S: Cerita ni di-publishkan atas permintaan cik MIO kita. Dia ada tanya mcmana saya kenal dengan En Abah melalui IRC. Inilah permulaannya. Hihi. The rest of the story (yang masih lagik terbengkalai bertahun-tahun) boleh lah jenguk-jenguk kat sini. Ampun sebab tulisannya kecik. Mak kopipes aje weh.


P/P/S: Cik MIO dan Me_Czar, kamu kenalkah Faizal itu? Roza, adakah anda turut tergolong dalam kumpulan sesi kuak lentang, sama seperti saya dulu?



Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!