Tengah hari tadi tetiba bos datang bilik saya dengan seorang lelaki.
Dipendekkan cerita, dia menyuruh mencadangkan saya supaya menghadirkan diri ke satu seminar yang di-arrange-kan oleh lelaki tersebut. Di Terengganu. Minggu depan.
Oh!
Kenapa begitu short notice sekali?
FYI, saya tidak pernah outstation berseorangan. Biasanya hadir ke bengkel bersama-sama rakan sekerja yang lain.
FYI juga, saya ni jenis orang yang tak suka berseorangan. Sila rujuk zodiac saya.
FYI juga, saya cuak bila diberi short notice begini.
FYI juga, saya ni jenis orang yang tak suka berseorangan. Sila rujuk zodiac saya.
FYI juga, saya cuak bila diberi short notice begini.
Seminar tu pada 11 hingga 15 Mei. Sepanjang minggu. Oh no. Haruskah saya bawa anak-anak? Stok EBM adalah zero. Hari ni pam, esok guna.
Siapa pulak nak jaga anak-anak sepanjang tempoh saya berseminar? En Abah sedang sibuk dengan kerja-kerjanya. Memang agak mustahillah dia akan bersetuju untuk ikut saya ke Terengganu.
Hm. Bos oh bos. Mengapakah kau mengundang kezutan ini?
Positif, Zety. Positif.
Mungkin boleh guna kuasa memujuk untuk memujuk En Abah supaya ikut sama ke Terengganu. Mungkin boleh ajak adik-adik saya. Yelah, boleh la diorang berjalan-jalan sekitar Terengganu
Seminar ni saya attend secara percuma. Sedangkan kalau di luar, yurannya adalah RM4,800! Huish. Jauh lebih tinggi dari gaji saya. Ini adalah lebih kepada, peluang seumur hidup.
Seminar ni pula hanya dibuat semasa office hour. So, waktu malam boleh la berehat-rehat di negeri orang
Oh dan, saya tak pernah ke Terengganu!
Menarik juga ni. Apa-apa pun, anak-anak wajib ikut saya. Kalau tak, Irma nak minum apa? FM? Oh no. Saya tak bersedia lagi.
Terengganu, here I come! Insyaallah. Kena bincang dengan En Abah dulu daaa....
Terengganu, here I come! Insyaallah. Kena bincang dengan En Abah dulu daaa....
No comments:
Post a Comment