Monday, May 4

Cerita Cuti Saya

Cuti panjang saya dihabiskan dengan pulang ke kampung En Abah. Dah hampir 3 minggu tidak ke Seremban.


Perjalanan pulang (malam Jumaat) melalui highway PLUS. Mula-mula ingat nak ikut highway LEKAS. Memang lekas sampai. Tapi sebab dah malam sangat, tak jadi la pulak coz macam seram-seram sikit nak lalu situ. Hehe.


Belum sempat masuk highway, mak budak ni dah zzzz dulu bersama si anak dara. Hoho. Tak ku sedar jem ke tidak. Tapi ikut kata En Abah, jem tak hengat punya. Ampun ya En Abah sebab tak temankan masa drive tu, padahal En Abah sangat penat sepanjang hari tu.


Esoknya ada bbq. Sempena tunang SIL yang bakal berangkat ke India. Macam-macam ada. Ayam panggang, lamb chop, ikan bakar, sotong bakar, kerang, roti jala, sosej dan macam-macam lagilah. Semuanya sungguh menggiurkan. Nyam nyam. Imran dengan seronoknya makan ayam panggang tu. Irma pulak, nasib baik dia tidur masa bbq tu. So dapatlah mamanya ni makan dengan banyak aman. Naik lagi sekilo la gamaknya saya ni


Hari Sabtu, ada kenduri kahwin dua pupu En Abah. Selepas itu melawat bapa saudara En Abah yang sakit di Bangi. Malamnya pula ke sebuah restoran di Senawang. Makan beramai-ramai jugak. Saya order nasi goreng paprik ayam dan fresh orange. Menu biasa-biasa aje tapi saya punya order lah yang paling lambat sampai. Huhu. Kelaparan dibuatnya. Sempat pulak mengepau nasi goreng cina Imran barang sesudu dua. Bila menu yang diorder sudah sampai, nasi gorengnya sangatlah lembik sekali. Sungguhlah tidak berselera. Tapi saya gagahkan jugak sebab lapo. Hoho.


Malamnya, saya kena cirit-birit. Ohhh... ni penangan nasi goreng paprik ayam tu ke? Pagi Ahad pun masih lagi ke tandas menjalankan aktiviti. Imran pun banyak kali poo-poo sampai merah-merah bon-bon nya. Ohhh anak jantan saya ni kulitnya sangatlah sensitif. Pantang lambat tukar diaper (even CD sekalipun), atau pantanglah terlebih aktiviti poo-poonya, mesti akan naik merah-merah kat bon-bon. Kesian anak saya.


Hari Ahad saya dipenuhi dengan membaca novel yang saya beli semasa warehouse sale itu. Ohh saya membeli novel ini.





Saya tahu memang agak terlambat nak membacanya. Orang lain dah berkurun membacanya. Tapi being me yang memang jarang yaamat membeli dan membaca novel semenjak menjadi mak orang ini, ini adalah satu pencapaian buat saya. Hahaha.


Novel ini juga novel kedua Sophie Kinsella yang saya baca selepas The Undomestic Goddess. Hahaha. Gila tak ikut perkembangan lah saya ni. Takpe takpe. Satu-satu lah kan. Nak beli kesemua series Shopaholic tu saya belum mampu. Tunggu saya kaya sikit.


Hujung minggu yang baru berlalu ini merupakan hujung minggu yang sungguh menyakitkan. B saya luka lagi. Dan saya tertinggal Lucas Papaw kesayangan saya di rumah. Huhu. Tapi saya gagahkan juga memberi Irma B kanan saya yang luka itu. B kiri saya tidak semewah B kanan hasil susunya. So Irma tak pernah puas jika diberi B kiri, kecuali kalau dia nak minum sekejap-sekejap untuk hilangkan haus aje.


Saya lihat ada 3 luka di B kanan saya. Mak aii! Patutlah sakit gila! Adakah teknik penyusuan saya yang dah nak dekat setahun ni masih tidak betul? Sungguhlah bengong saya ini jika masih tak pandai-pandai lagi menyusukan anak. Atau kerana Irma yang suka mengemam, no, menggigit sambil menarik B saya? Huuu sakit okeh. Sudah banyak kali saya tegur dia, tapi nampaknya belum menunjukkan hasil. Sampaikan ada satu kali tu, Irma merajuk takmo nenen sebab saya tertinggikan suara selepas dia menggigit B kanan saya hingga berdarah. Menangis-nangis dia. Alahai... mama tak sengaja la sayang. Sorry ye sayang. Sakit benor sampai mama terjerit pulak.


Kesian anak saya. Kesian kat saya jugak.


Dan semalam, valve Avent Isis saya hilang. Selepas saya membasuh pam kesayangan saya di rumah MIL, saya letakkan/keringkan di dalam satu bekas di tepi sinki. Bila saya nak simpan semula ke dalam cooler bag, saya tak jumpa valve itu. Sungguh sedih! Nasib baiklah spare partnya ada. Yang terakhir. Ohh harusku order valve itu.


Maka dengan ini juga, saya ingin memohon maaf kepada kawan saya, Juliana Anis di Gombak kerana tidak menghadirkan diri ke majlis perkahwinannya. Dan juga kepada Umi Sufira kerana tidak dapat ke majlis perkahwinan adiknya. Ampun.


2 comments:

Unknown said...

salam zety,

amboi.. penuh juga percutian bebrp hari ni yer..!

Unknown said...

penuh. memenuhkan perut! hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!