Tuesday, May 26

Hari Pertama

Semalam hari pertama Imran dan Irma ke taska selepas 'cuti' selama sebulan lebih.


Semalam juga pertama kali Imran tak menangis semasa dijemput. Kalau tak tu, nampak je kereta Abah terus dia menangis.


Cuma Irma la yang asyik menangis je masa kat taska semalam. Kata teacher, Irma menangis sebab teacher tak bagi dia keluar baby room. Dia nak keluar, nak berjalan kat area yang ada ramai toddlers. Tapi teachernya takut abang-abang dan kakak-kakak kat situ lari-lari dan terlanggar dia. Hehe. Irma kiut beno sampai techer takut dia terjatuh.


Teacher semua terkejut badak tengok Imran.


"Imran ke ni? Tembamnya!!!!!"


Hehe.


Malamnya, bawa Irma ke klinik untuk cucuk MMR. Dia cuma menangis masa jarum tu dicucuk je, pastu diam. Good girl.


Mama tanyakan doktor pasal berat Irma. Naik 1.4kg over 6 months! Imagine that. Doktor bagi ubat cacing dan multivitamin untuk Irma. Hm... mungkinkah Irma ada cacing? Sebab dia memang selalu tidur menonggeng. Orang kata, kalau menonggeng, maknanya ada cacing. Ye ke?


Hopefully bertambahlah selera Irma lepas ni. Kata doktor lagi, as long dia aktif dan sihat, there's nothing to worry about. Cuma kena tebalkan cuping telinga menangkis kata-kata orang aje la (ni ayat Mama). Err... kalau cuping telinga tebal, boleh bounce balik suara-suara orang ke? :) Belasah aje lah.



4 comments:

Unknown said...

err.. ye ke tidur menonggeng ada cik ca? aiyak!

aiman tidur menonggeng juga.. hoho

mamaDhea said...

eh.. ye ke?

hadif tak tido menonggeng.. tp lately suka menonggeng.. ahahaha..

Unknown said...

mast,
er... agaknya kot.

mamadhea,
hadif suka tunjuk2 cd dia yang comel2 la tu :)

Unknown said...

zety, anis yg dah 21 bulan, dari sejak pandai merangkak, memang suka tidur menonggeng.. tp takde plak bercacing...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!