Manusia memang mudah lupa. Setuju?
Bukan terlupa, "Eh, hari ni kena bawak Irma pi cucuk umur setahun (a reminder for me)" atau, "Alamak, terlupa nak tutup lampu toilet tadi".
Tetapi mudah lupa budi orang. Bukan minta dibalas. Tapi cukuplah sekadar menganggap kita sebagai kawan.
Ada satu situasi. Si Atan (bukan nama sebenar) berkawan dengan si Abu (juga bukan nama sebenar). Semasa si Atan sedang bermasalah dengan bisnesnya, dia pernah meminta nasihat Abu. Abu bantu apa yang boleh. Si Atan juga pernah meminta tolong pada Abu untuk meminjam duit kerana sewaktu itu Atan amatlah terdesak.
Kemudian si Atan juga pernah meminta tolong Abu gunakan cek Abu (sebabnya saya tak ingat), dan berjanji akan masukkan duit dalam akaun Abu. Malangnya si Atan tidak masukkan duit ke dalam akaun Abu mengikut tarikh yang dijanjikan dan cek itu pun jadi cek tendang. Habis Abu di-blacklist oleh bank. Akaunnya terpaksa ditutup dan tak dibenarkan guna cek lagi, gara-gara sikap Atan. Abu walaupun sakit hati telahpun memaafkan Atan.
Beberapa bulan kemudian, perniagaan si Atan menjadi maju. Duit masuk wah wah wah kemain banyaknya. Abu berasa seronok dengan kejayaan si Atan. Tak lama lepas tu, malang pula bertimpa-timpa ke atas Abu. Dia pula berada dalam keadaan sesaknapas. Pada si Atan dia mengharapkan pertolongan. Si Atan membantu acuh tak acuh sahaja. Pada Abu, dia janji hendak berjumpa waktu tengah hari. Abu tercongok di kedai si Atan selama berjam-jam. Akhirnya si Atan muncul beberapa jam kemudian, berikan pinjaman. Abu berkata dia akan cuba menggantikan duit itu secepat yang mungkin.
Malangnya, perniagaan Abu masih berada di tahap kritikal. Duit bayaran pinjaman masih belum cukup untuk diberi semula kepada Atan. Selepas seminggu, Atan menelefon Abu. Si Atan memerli Abu. Katanya Abu itu, Abu ini. Habis Abu 'disekolahkan' nya, hingga malu Abu, seolah-olah dijatuhkan maruahnya. Sungguh Abu tak sangka begini sikap si Atan.
Dua hari selepas itu, si Atan menyuruh stafnya menelefon Abu. Stafnya ok. Bukan dia sendiri. Sungguh berlagak si Atan. Mentang-mentang sudah kaya, terus lupa pada kawannya Abu. Abu berasa sungguh sedih. Dia menganggap si Atan sudah seperti saudaranya sendiri. Tapi si Atan lagaknya tak ubah seperti Along meminta hutang.
Saya sedih dengan situasi begini. Abu memang betul-betul anggap Atan ni baik. Tak habis-habis dia puji Atan. Bila tiba situasi macam ni, terduduk si Abu. Dahlah tengah bermasalah, poket pun kering, kawan baik sendiri asyik menekan-nekan menagih hutang. Puas Abu terangkan pada Atan tentang kedudukannya. Tapi Atan pula tak habis-habis nak sekolahkan si Abu.
Anda pernah berhadapan dengan situasi begini? Patutkah Abu terus berkawan dengan Atan?
Bukan terlupa, "Eh, hari ni kena bawak Irma pi cucuk umur setahun (a reminder for me)" atau, "Alamak, terlupa nak tutup lampu toilet tadi".
Tetapi mudah lupa budi orang. Bukan minta dibalas. Tapi cukuplah sekadar menganggap kita sebagai kawan.
Ada satu situasi. Si Atan (bukan nama sebenar) berkawan dengan si Abu (juga bukan nama sebenar). Semasa si Atan sedang bermasalah dengan bisnesnya, dia pernah meminta nasihat Abu. Abu bantu apa yang boleh. Si Atan juga pernah meminta tolong pada Abu untuk meminjam duit kerana sewaktu itu Atan amatlah terdesak.
Kemudian si Atan juga pernah meminta tolong Abu gunakan cek Abu (sebabnya saya tak ingat), dan berjanji akan masukkan duit dalam akaun Abu. Malangnya si Atan tidak masukkan duit ke dalam akaun Abu mengikut tarikh yang dijanjikan dan cek itu pun jadi cek tendang. Habis Abu di-blacklist oleh bank. Akaunnya terpaksa ditutup dan tak dibenarkan guna cek lagi, gara-gara sikap Atan. Abu walaupun sakit hati telahpun memaafkan Atan.
Beberapa bulan kemudian, perniagaan si Atan menjadi maju. Duit masuk wah wah wah kemain banyaknya. Abu berasa seronok dengan kejayaan si Atan. Tak lama lepas tu, malang pula bertimpa-timpa ke atas Abu. Dia pula berada dalam keadaan sesak
Malangnya, perniagaan Abu masih berada di tahap kritikal. Duit bayaran pinjaman masih belum cukup untuk diberi semula kepada Atan. Selepas seminggu, Atan menelefon Abu. Si Atan memerli Abu. Katanya Abu itu, Abu ini. Habis Abu 'disekolahkan' nya, hingga malu Abu, seolah-olah dijatuhkan maruahnya. Sungguh Abu tak sangka begini sikap si Atan.
Dua hari selepas itu, si Atan menyuruh stafnya menelefon Abu. Stafnya ok. Bukan dia sendiri. Sungguh berlagak si Atan. Mentang-mentang sudah kaya, terus lupa pada kawannya Abu. Abu berasa sungguh sedih. Dia menganggap si Atan sudah seperti saudaranya sendiri. Tapi si Atan lagaknya tak ubah seperti Along meminta hutang.
Saya sedih dengan situasi begini. Abu memang betul-betul anggap Atan ni baik. Tak habis-habis dia puji Atan. Bila tiba situasi macam ni, terduduk si Abu. Dahlah tengah bermasalah, poket pun kering, kawan baik sendiri asyik menekan-nekan menagih hutang. Puas Abu terangkan pada Atan tentang kedudukannya. Tapi Atan pula tak habis-habis nak sekolahkan si Abu.
Anda pernah berhadapan dengan situasi begini? Patutkah Abu terus berkawan dengan Atan?
1 comment:
hmmm.. susah nak jawb soklan ni..
sebaiknya Abu usahlah harapkan Atan lagi selepas ni. Atan bukanlah sahabat yg baik & ikhlas..
Post a Comment