Seminggu di Dungun, Terengganu.
Hari-hari lepas habis kursus, bawa Imran dan Irma ke playground. Kemain seronok anak teruna tu main vuai. Sambil-sambil makan keropok lekor di tepi pantai. Ah... sungguh heaven.
Hari Jumaat, En Abah, ayah dan emak saya turut sama datang ke Terengganu. Diorang bertolak tengah hari. Disebabkan jumlah ahli keluarga yang ramai, dan bilik di hotel tempat saya menginap pun dah penuh, maka terpaksa la saya check-out dari hotel itu dan stay di hotel lain. No. Bukan hotel. Resort.
Resort ini peti ais nya tak mempunyai ruang freezer yang cukup luas. So EBM yang saya pamkan untuk Irma guna pada hari Selasa nampaknya terpaksa dikorbankan. Chiller pun tak sejuk. Silap saya sebab tak terfikir nak gantikan chiller dengan ais. Huhu.
Sabtu pagi, kami check-out pula dari resort kat Paka tu dan bergerak ke Kuala Terengganu. Saja jalan-jalan. Tapi tidaklah sempat ke mana sangat pun. Hanya setakat lunch dan membeli keropok di Pasar Payang sahaja. Kemudian duduk-duduk di tepi Pantai Batu Burok sekejap. Kemudian berangkat pulang. Punah harapan saya nak tengok Masjid Kristal. Huhu.
Sedikit cerita di Pantai Batu Burok. Mula-mula kami park kat depan sebuah gerai jual layang-layang. Tapi kemudian bertukar tempat parking di kawasan lain sebab takmo Imran 'tergoda' dengan layang-layang yang ada.
Sampai di tepi pantai, Imran dah melalak nak berjalan-jalan atas pasir. So En Abah pun layankan aje lah. Sedikit demi sedikit saya perhatikan dua beranak tu bergerak ke arah gerai layang-layang tu. Ooo... anak teruna saya memasang muslihat rupanya! Bijak sungguh!
En Abah yang memang tak tahan mendengar pujukan Imran pun membelikan layang-layang 'Men' dan bermain bersama Imran. Terbanglah RM12 bersama-sama dengan layang-layang itu. Hohoho.
Selepas beberapa ketika kami bergerak lah pulang. Singgah di gerai-gerai tepi jalan menjual keropok. Kononnya nak beli sebagai buah tangan kawan-kawan opis. Kata mak saya, hari tu dia beli RM1 sepeket. So bila tanya mamat yang jaga kedai tu, memula memang dia kata RM1 sepeket. Bila mak saya kata nak beli 50 peket, dia cakap apa tah dengan kawan-kawan dia kat situ (ampun, saya tak paham loghat Terengganu), terus dia kata harga keropok sepeket RM1.50! Apakah? Dia ingat kami orang KL so boleh sesuka hati je naikkan harga? Ingat kami ni dok KL kaya ke? Terus kensel. Nasib kamu le.
Frust dengan sikap mamat itu, kami terus ke Cherating. Nak singgah satu gerai yang adik sepupu saya selalu singgah sebelum balik KL. The thing is masa tu dah pukul 5.40 petang. Ikut kata adik sepupu saya kedai tu tutup pukul 6.30 petang. Dan kami masih di KT. So, apalagi. Adik saya bawa kereta persis F1 lah.
Sampai di gerai tu tepat pukul 6.30 petang. Nasib baik belum tutup. Beli keropok dengan harga RM1.20. Ok lah. At least dia tak tipu! Kemudian kami pun geraklah pulang.
Singgah di kawasan rehat Gambang, sembahyang Maghrib dan Isyak sambil makan malam. Sampai di rumah dalam pukul 12.30 pagi. Huargh. Sungguh penat.
Ahad pagi, En Abah ajak balik Seremban. Seriously saya rasa sungguh penat. Dan badan sakit-sakit. Maklumlah, naik kereta Pro.ton sambil mendukung anak kecil yang sedang tidur memang memenatkan. Sakit pinggang bagai. Tapi demi memenuhi permintaan En Abah, kugagahi jua. Ecewah.
Tapi awal-awal lagi saya pesan kat En Abah yang saya sangat penat. Disertakan dengan pakej lengkap cherry-berry hasil makanan di kawasan rehat Gambang itu. Huhu. Tak larat mak, nyah! En Abah janji dia akan uruskan anak-anak nanti.
Sampai di Seremban memang saya terbaring aje. Asyik tidur aje. Wah. tak pernah saya rasa selenguh ini. Rasa macam loser pun ada sebab asyik terbaring aja. Makan pun tak selera.
Hasil dari sakit-sakit badan ni, production susu saya merudum. Saya usahakan juga nak mengepam untuk stok Irma hari Selasa (hari ni) nanti. Malangnya saya dapat 2 oz aje sekali pam. Kemudian lagi 1 oz aje pada sesi selepasnya. Gila. Memang kempis B ku. Kempis sekempis-kempisnya. Irma pun tak puas minum. Menyesal sungguh saya sebab tak tekadkan hati simpan juga stok EBM masa kat Paka tu. Hisy.
So hari ni, bekalan EBM Irma hanya 3oz sahaja. Selebihnya terpaksalah saya beri soya Melilea itu. Irma, ampunkan mama ye sayang. Mama minta maaf banyak-banyak. Mama yang salah. Irma makan bubur banyak-banyak hari ni ye so kuranglah minum susu soya tu. Esok Insyaallah akan bertambah stok EBM buat Irma.
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan penyusuan ini... Amin...
3 comments:
Takpe Zety belajar dari kesilapan..BTW, macam syoknya angin sepoi2 bahasa tepi pantai makan kopok lekor..hinsshh..jelesnya;P
Roza,
Itulah. Nyesal pon tak guna. Oh. Memang sangat syok makan kopok panas-panas sambil ditiup angin pantai. Wheeee....
best nyer makan-makan kepok tepi pantai...
kalo dah kena CB memang melepek ler jawabnyer... sian kat Irma jer lah kan..
Post a Comment