Friday, June 19

Belanja

Hari ni ada orang nak belanja makan tengah hari. Sempena meraikan perpindahannya ke bahagian lain. Dia memang dah lama menunggu saat-saat perpindahan ni. Maklumlah nak dekat 6 ke 7 tahun dah kerja kat tempat yang sama. Sure dah boring.


Tukang belanja suruh bagi suggestion nak makan kat mana. Kitorang ni (orang pompuan satu ofis) tak decide lagi. Ada 9 orang yang nak dibelanja ni so takmo le suruh dia belanja makan mahal-mahal sangat. Kesian la pulak. Gaji orang gomen. Kerja 7 tahun takkan sama dengan gaji orang private yang kerja 5 tahun. Betul tak? Ke tak betul?


Anyway, kat mana agaknya tempat makan yang best kat Shah Alam ni ek? Orang Shah Alam, sila bagi cadangan.....




4 comments:

~Umi.Sufira~ said...

Saya orang Kulai...ngee...sori tak membantu;P

Saudah Salleh said...

well, kat area seksyen U2 tengah byk restoran baru.ada nasi lemak antarabangsa, ani sup utara, d'jendela n pelaga park..semua ni satu deret.

if u nak makan sedap bt ambience restoran, ada kat U2 jugak tapi depan sikit dari restoran yg atas tu..restoran sri ttdi, ada jugak cawangan dia kat belakang tesco extra (kat hajaba n upin ipin restoran)..sedap kat sini, lauk mmg banyak tapi kena awal kui 12 tu tak ramaila..

Emma said...

dah tlambat ke nak kasi suggestion? huhu.. belasah je la ye...

kalau nak sedap, leh try nyonya kitchen kat plaza masalam... restoran serai sek3 pun ok gak... or restoran orkid kat sek9, setentang dgn mcd..

-mama emma-

Unknown said...

terima kasih di atas cadangan-cadangan anda. akan disimpan untuk rujukan di masa akan datang.

ceh! ayat gila skema. kakaka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!