Sunday, June 21

Happy Father's Day

Kepada semua bapa-bapa di luar sana, Selamat Hari Bapa!


Sebenarnya, saya tak pernah sambut Hari Ibu ke, Hari Bapa ke. Memang takde istilah ni semua dalam keluarga saya. Tapi saya TERINGIN nak menyambutnya. Hehehe. Yelah, dah jadi mak orang kan.


Tapi untuk Hari Bapa kali ni, takdelah menyambut apa-apa kot. Mungkin sekadar wish sahaja.


En Abah ada jugak tanya, "Takde hadiah untuk Hari Bapa ke?"


Laju je saya jawab, "Hadiah untuk Hari Ibu mana?" Hahahaha. Menjawab soalan dengan soalan.


Tak kisah lah tu.


Anyway, Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar bapa. Kepada En Abah, terima kasih kerana menjadi abah yang hebat kepada Imran dan Irma. En Abah lah pelindung kami sekeluarga. En Abah lah hero, idol, ikon, superhero, supir superman saya dan anak-anak. I Love You, En Abah!


Dan kepada ayah saya, terima kasih kerana menjadi ayah yang hebat, yang sentiasa menyokong saya dari saya lahir hinggalah sekarang ni. Jasa-jasa ayah takkan saya lupa hingga akhir hayat.


SELAMAT HARI BAPA!!!!


1 comment:

Nieza Ishak said...

husband nieza pun sama,

bila time hari ibu .. dia bgtahu.. 'ibu tue mak dia' soo mana leh sambut dgn wife .. huhuhu

kami pun tak sambut hari bapa, tunggu anak besar sket.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!