Tajuk mesti gempak. Haha. Again, credit to CY sebab beri tutorial "™" itu.
Amaran: entri ini adalah agak panjang.
Saya tak pasti samada saya pernah cerita tentang perjalanan penyusuan saya dengan anak-anak di blog ini. Tadi ada jugak korek-korek tengok archive tapi tak terjumpa pulak.
Oh kenapa tiba-tiba nak bercerita tentang kisah breastfeeding pulak? Sebab terbaca di blog Azza tentang rasa ralatnya. So tiba-tiba teringatlah kisah saya yang tak seberapa ni.
Masa pregnantkan Imran, saya memang pasang niat nak breastfeed dia sampai umur dua tahun. Sebab apa tau? Sebab saya teringat masa belajar kat sekolah agama dulu, najis kanak-kanak lelaki yang minum hanya susu ibunya adalah naji muhafafah (najis ringan). So senang nak bersihkan. Hahahaha. Iye. Itu sebab utamanya. Tang khasiat ke apa ke, saya tak tau apa-apa pun masa tu. Memang knowledge saya dalam ilmu breastfeeding adalah ZERO.
Kemudian lahirlah Imran. Bersalin di poliklinik biasa yang doktornya bukanlah seorang yang pro-bf, makanan pertama anak saya ialah FM. Tapi masa tu saya takde rasa pape pun. Takde rasa marah ke, nyesal ke apa. Sebab takde ilmu. Saya tak tahu pun masa kritikal ialah sejam pertama selepas kelahiran.
Balik ke rumah, saya cuba bf Imran. Ohhh sungguh kuat anak saya menangis takmokan susu mamanya. Bila disua breast ke mulutnya terusss dia berpaling dan melalak macam kena dera. Masa tu dah rasa pelik. Tapi sebab kesiankan dia kelaparan maka saya teruslah bagi FM.
Sepanjang tempoh berpantang Imran TIDAK PERNAH minum susu direct dari saya. Saya hanya pam dan beri pada dia dalam botol. Itupun hanya sebulan aje. Lepas sebulan, susu saya kering. Dan saya juga tak pernah buat stok.
Maka, Imran pun disuapkan dengan FM sahaja. Mahal okeh susu Imran. Sebab dia ada CMPA. Takleh minum susu biasa.
Selepas habis pantang, masuk kerja, saya diperkenalkan ke SI oleh seorang kawan lama saya. Masuk forum itu, ohhh barulah saya tahu betapa berharganya setitis susuibu. Betapa berkhasiatnya susuibu. Timbul rasa menyesal, ralat, frust, segala rasa yang tak bestlah. tiapkali baca thread berkaitan bf, saya mesti mengalirkan airmata. Sedih sangat-sangat. Lagi-lagi bila terbacakan post yang mempunyai kata-kata yang 'agak kasar' untuk mereka yang tidak bf.
Kemudian saya cuba juga untuk relaktasi. Tapi, usaha tanpa azam yang kuat memang susah lah nak berjaya kan. Salah sendiri. Plus tak lama lepas tu saya dapat tahu saya pregnantkan anak kedua pulak. Lagilah susu takde.
Masa tu saya ingat lagi. Hampir setiap hari saya masuk SI. Kumpul maklumat, kumpul ilmu berkaitan bf. Kiranya, jadi fanatik bf jugaklah. Haha. Saya tekad nak bf anak kedua saya, no matter what.
En Abah pula kurang beri semangat. Nak cerita kat dia, biasanya dia bukannya pay attention sangat. Print lah banyak mana artikel pun. Bukannya dia baca. Haih.
Entah macamana satu hari tu dalam forum SI, saya ternampak tentang kelas breastfeeding. Saya daftarkan nama saya dan En Abah. Tak kira. Saya paksa En Abah attend kelas tu.
Berulah terbuka mata dan minda dia.
Irma lahir, saya berjaya bf dia. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat. Imran ada jugak menumpang minum susu saya (dalam botol) semasa saya berpantangkan Irma dulu. Tapi tak lama lah. Dia pulak geli nak minum. Hihi.
Tapi... berat badan Irma tak berapa nak naik walaupun berat masa lahir 3.15kg. Mak saya yang tak berapa sokong bf dah start bising-bising suruh bagi FM. Mulalah kata susu saya takde khasiat la, tak cukup la. Sabo je la.
Agak lama juga saya bertahan. Tapi berat Irma makin hari makin tak naik. Sejak dia berumur 5 bulan, beratnya maintain aje. Then kejap naik kejap turun. Jumpa paed, dia suggest suruh minum Pedi.asure. At first memang saya takmau. Habislah breasfeeding journey saya!
Tapi, akhirnya saya akur. Saya berikan jugak Pedia.sure sebagai supplemen. Lebih-lebih lagi susu saya makin menyusut produksinya akhir-akhir ini. Tapi Irma tetap mendapat khasiat EBM saya di waktu siang. Cuma sekali atau dua kali saja dia minum Pedia.sure. Malam? Ngempeng sentiasa!
Alhamdulillah nampaknya ada perubahan sejak minum Pedia.sure tu. Irma dah makin tinggi. Baju newborn dah tak muat dah. Ngee...
So, sampai sekarang Imran masih lagi on FM, dan Irma masih bf tapi sudah campur dengan FM jugak. Walaupun ada rasa tak best sebab tak dapat fully bf, tapi saya bersyukur la jugak dapat juga beri Irma dan Imran minum susu saya, walaupun tak banyak, atau tak lama macam orang lain.
Kita ni, buatlah apa pun. Apa saja tindakan kita, pastinya takkan dapat puaskan hati semua pihak. Ada je yang dengki, ada je yang tak puas hati. Betul tak?
So, just ceria-ceria selalu. Buat je muka takde masalah padahal problem sebenarnya sebeban atas bahu ni ha. Haha. bak kata colleague saya, "akak ni tak nampak macam ada masalah pun. rileks je saya tengok," semasa saya buka cerita tentang sedikit masalah peribadi yang sedang melanda saya.
Oh apakah relevannya dengan cerita saya ni? Kesimpulannya, perjalanan dalam membesarkan anak-anak bukannya mudah. Tak kiralah diberi susu FM ke bf ke, masing-masing ada masalah masing-masing.
FM? Ohhh... mahal. Then susah betul ke hulur ke hilir nak kena bawak bakul susu. Air panas mesti sentiasa ada. Bekalan FM mesti cukup.
Bf? Ohhh pun ada masalahnya tersendiri juga. Produksi susu yang tak menentu, nipple crack la, kena geget dengan si anak dara tu lah, curi masa mengepam lah, penyimpanan EBM lah. Masalah nak deal dengan taska yang tak reti nak handle EBM la. Macam-macam sebenarnya.
Tapi, semuanya alah bisa tegal biasa (betul ke peribahasa mak ni? ke laut gamaknya hahaha). Yang penting adalahkerjasama, kita dah cuba berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.
Peace!

Tapi, semuanya alah bisa tegal biasa (betul ke peribahasa mak ni? ke laut gamaknya hahaha). Yang penting adalah
Peace!
12 comments:
xpela at least merasa jugala anak2 awak BF kan..hm sara pn nmpk bdn kecik..org pn kata dia halus..sedey gak cmtu,terasa c susu sendiri tak ckp beri khasiat kt dia.. =( .but so far berat dia naik so xdela saya risau sgt..ape2pn niat kita utk BF baby kenala ikhlas dan bukan sebab nk menunjuk dan membangga diri ngan org lain..tak gitu?
perjalan BF Saya pun berliku-liku tp sbb dah nekad nak BF at least 1yr (tanpa FM) so redah jela, org keliling mmg tak support BF so semuanye bergantung pd diri s'diri...
pe2 hal nawaitu kena betul baru urusan dipermudahkan oleh-NYA...
yer! i tak faham kenapa orang tua especially mak sendiri taknak sokong anak dia bg susu badan kat cucu. my mom pun ada bising2 suruh bg anak i fm. mcm2 alasan my mom kasi nak paksa i bg fm. sudahnya, i bawak diri pindah rumah ke KL sebab i tak nak nanti sbb susu kami anak beranak bergaduh.
salam. dh lama duk baca blog ni...kali ni je baru nak tinggalkan jejak :p
saya pun baru baca entry azza tu. mcm2 dugaan bila nk BF anak ni. alhamdulillah dugaan sy dulu tak besar mana. mak sy je cuma risau sbb katanya air susu sy mcm sikit...risau cucunya tak puas nyusu. ehe. tp alhamdulillah smpai skrg fully BF...mdh2an dipermudahkan utk BF Safiyyah smpai umurnya 2 thn...
takpe zety...insyaAllah mana tau next baby blh fully BF lak. yg penting ada azam & usaha ;)
bukan mudah nak jd ibu ni kan....
I rqsa la, parents kita takut cucu dia lapar...tu y suh bg FM...
i pon masa farhah dulu smpt 3 bulan aja bf...sbb susu x de ...sedeh sngt22 sbb hajat nak bf lama2 x kesampaian, sngt jeles dihati tgk kwn2 dpt bf selama y mungkin..
hajat di hati y no 2 bakal lahir ni nak cuba bf dgn jayanya.....
btw pediasure memang sngt bagus...demi anak pejam mata aja bila bab bayar....
saya pun sedih juga.. tapi saya nak ucap tahniah, walaupun dengan anak kedua zety, sudah campur FM, tapi masih ber bf.. :) saya dengan Alia mmg fail! :( sedih sangat.. time tersedar yg bf tu amalan yg sepatutnya, time tu dah terlewat.. aduhai.. :(
anyway, next anak, kot, insya allah.. :)
ape2pun tahniah sbb masih teguh dgn prinsip!!!
itu lebih baik dr beri susuibu, tp nikmatnya zero...
nanana...
-mama emma-
my mom pon sama la bising suruh bg FM since berat Halqy tak naik2..hafiy dulu kuat makan so berat tak risau mmg terlebih so masa Hafiy my mum tak bising. huhu
sama la mcm jua sgt tak faham..kenapa tak kosong n kenapa rasa FM tu mcm bagus sgt!
Zety, u dah cuba, tu yang penting..dont worry too much okay!
Salam zety,
malam tadik nieza online sbb nak sgt baca post zety & cerita azza tue. Thanks zety kalo tak Nieza pun tak tahu gak pasal kawan2 bf lain. Malam tadik try bagi komen tp tak lepas huhuhu.
Mesti ramai yang dah bagi nasihat kat Zety kan, tp Nieza juga suka nak kongsikan pandangan Nieza.
Jangan la Zety rasa rendah diri bila tak bf anak smp 2tahun tp Zety kena banyak2 bersyukur atleast Irma dapat jugak bf dgn Zety selama mungkin sbb ada anak2 org lain mungkin tidak dapat menikmati langsung susu ibu mereka @ mungkin ada kawan2 kita yang mmg dah berhempas pulas nak buat jugak macam kita tp masih tak berkesempatan. Perjalanan bf ni mmg berliku2 & Nieza pun mengaku mmg tak mudah kita nak menjalaninya dengan keadaan sekeliling & penerimaan org2 sekeliling kita. Bukan mudah .. ya bukan mudah.
Tp Zety, Irma & Imran still anak yang beruntung kerana dapat jugak rasa air susu ibu. Selama mana kita dapat menyusukan anak kita bukan sebagai 1 ukuran tp ke-ikhlasan & ketabahan kita utk bg yang terbaik dan buat sehabis baik
utk anak2 kesayangan kita.
Nieza tak blame org tak dapat menyusukan anak smp 2tahun sbb lain org lain cabarannya even kawan sendiri tak dapat menyusukan anak start dr dlm pantang lagik soo minda nieza dah set yang .. kalo Allah permudahkan jalan kita Insyaallah kita akan cakap tp tak boleh terus peringkat yang paling tinggi perlu lah kita berdikit2. sbb tue bila susu nieza drop atau susu Nieza tak cukup utk stockup stock EBM .. husband nieza suruh munasabah diri.
Maaf zety, kalo kata2 Nieza ni panjang lebar dipagi2 hari .. cuma Nieza nak menyatakan Anak2 Zety tetap anak yang bertuah walaupun tidak dapat menyusu cukup 2tahun tp kita sebagai ibubapa mmg dah tahu apa yang terbaik utk anak2 kita Ye tak ?? sapa la yg tak nak bg yang terbaik ye tak ??? Selagi dia mengemping waktu malam kita dah rasa bersyukur sgt2 kan.
Insyallah bila Irma ada adik nanti .. mungkin rezeki adik Irma boleh menyusu hingga 2tahun ... Amin
hhmm...
ape la nasib bb aku pas deliver nnt..
FM or BF..
ooohhh....
byk da kata2 semangat dari mommies lain...
aku cuma nak cakap... apa2 pon, kita kena usaha, tawakal dan doa... selebihnya urusan Allah yg kita sebagai hambaNYA kena akur kepada qada & qadar...
bukan mudah tp ko kena bsyukur dgn nikmat susuibu yg masih irma dapat sampai skng... betul x?
u r da best mom 4 imran & irma... chaiyok!!!
situasi permulaan menjadi ibu u sama je dengan i. Sebab kurang pengetahuan and selalu rasa macam bf tu adalah senang & akan tahu ngan neutral lepas baby keluar. rupanyer macam silap. macam susah jek (dengan I yang tak sabar ni)
Lepas ni, i nak jadik macam u. belajar dari pengalaman. So, anak kedua i lebih bersedia dan lebih sabar.
Post a Comment