Tuesday, July 21, 2009

Sarapan Di Mana (versi Shah Alam)?

Walaupun jam sudah menunjukkan selesainya waktu makan tengahari, tapi saya nak cerita jugak pasal breakfast. Hahaha. Pedulik.


Biasanya jika saya sampai ofis awal, saya dan En Abah akan pi breakfast dulu. Sejak akhir-akhir ini, kami selalu ke sebuah restoran di Wisma MA.IS, Seksyen 3.


Ada satu restoran tu namanya Restoran Ceria. Saya suka roti canai kat situ. Garing dan rangup di luar, lembut di dalam. Plus, orang Melayu yang masak. Oh, saya kurang gemar roti canai mamak sebab tebal sangat. Kalau mintak garing pun, takde mana pun garingnya.


Lagi satu tempat makan yang saya agak selalu pergi jugak time breakfast ialah Miza Kopitiam di Seksyen 7. Nasi dagangnya adalah kena dengan tekak saya. Dan dihidangkan panas-panas. I loike!


Kalau teringin nak makan nasi kerabu, saya suka ke Restoran Soto di Seksyen 8. Mmm memang sedap! Nasi dagang dia pun sedap jugak. Tapi dah lama kami tak ke sana. En Abah prefer di Miza Kopitiam sebab katanya 'bersih'. Bersih dari segi apa? Lu pikirlah sendiri bak kata Nabil.


Mari keluar sikit dari Shah Alam. Dulu-dulu masa weekend, sekali-sekala kami ke Kerinchi. Makan roti jala yang marveles. Erm... nak cerita the exact location saya tak reti sebab Kerinchi bukanlah tempat saya. En Abah yang kenalkan tempat ni sebab dulu dia duduk menyewa kat area sini. Yang saya ingat, kalau kat traffic light tu, kalau ke kanan kita ke Pantai Hill Park kan. Haa kedai ni kena ke kiri. Kemudian masuk simpang ke kanan. Kemudian ke kanan lagi. Ha lebih kurang gitulah directionnya. Ngeee....


Tapi dah lama gila tak ke sana. Entah ada lagi ke tak kedai makan tu.


Huish bila tengok pola pemakanan saya sewatu sarapan, no wonder la badan bagai dipam-pam kan? Hihihi. Lagi mau banyak komplen.


Anda pula bagaimana? Ada tempat fav untuk sarapan tak? Marilah share maklumat.


6 komen:

mamadanish said...

Umah saya..mama masak..semua pun sedap..heheheh

babycomel said...

saya takde tmpt makan feberet coz saya krg gemar jln2 cari makan, hari2 bfast n lunch makan kat kedai sama je, suke ke tak terpaksale coz takde pilihan...dinner masak s'diri semuanye pun sedap...hehe

CY3.5 said...

eh, makan pagi mmg la kena banyak dan banyak, dan baaaanyak :)

precious innocent said...

hoho... boleh dterjah itu kedai ceria... :D

-mama emma-

rose zan rahim said...

besh2!
aku pn suke mkn roti canai melayu!!
skrg ni hari2 aku suke mkn roti canai banjir satu!!
ahaksss!!

Zety Zin said...

mamadanish: bestlah dapat makan masakan ibu. hihi.

babycomel: saya time bekpes je makan kat luar. masa lunch ngadap cafe kat opis ni aje la sebab takde kereta. :)

cy: ye. banyak dan banyak dan banyak. begitu juga makan tengahari dan malam (mak la tu). hahahaha.

mama emma: terjah jg tak terjah. hehe.

rose zan: ko biasanya layan banjir kat mana?

Related Posts with Thumbnails