Thursday, August 27

Puasa: Hari Kelima

Seperti biasa, Khamis ialah hari berdiskusi sedunia. Huahuahua. So lambat le sikit mak nak bermarathon membaca blog kawan-kawan.


Semalam menu berbuka saya ialah ayam masak lemak cili api, kentang+tempe masak goreng berlada, salad sempoi (telur rebus+timun+tauhu+tomato+daun salad dan sos cili). Dessert ialah lompat tikam mak saya yang shedap.


Since semalam pun lambat jugak, tapi awal beberapa minit dari hari tu, so sampai rumah pun 10 minit lepas berbuka la kekdahnya. Berbuka air kotak soya dan popia basah dalam kereta. Ok la tu.


Tapi ok jugak lah balik lambat sikit dari orang lain sebab tak jem sangat but still jem lebih teruk dari hari biasa. Mungkin sebab saya tak masak so takde la rushing nak balik rumah kan. Huhu. Bilalah nak masak lauk berbuka untuk En Abah ni.


Hari ni saya dah request kat En Abah supaya jemput saya awal sikit. Tak best lah jadi the last person yang keluar dari ofis. Hari-hari pulak tu.


So kita tengok hari ni camne. Boleh ke dak En Abah datang awal sikit. Hehehe.


P/S: Saya dapat merasakan tanda-tanda yang kawan baik saya akan datang menjenguk. Tapi bukan ke baru je datang hari tu?? Takkan awal sangat kot? Ke penat sangat meredah jem sampai sakit2 urat saraf tunjang mak?


2 comments:

3740Journal said...

tak pernah makan kuih lompat tikam. nile google mcm tak pernah nampak. sedap tak?

Unknown said...

owh sangat sedap. dia ada rasa lemak2 santan, masin2 sikit then disirami dengan air gula melaka. kalau baru keluar dari fridge lagi sodap!

biasanya org buat ada kaler2 tapi my mom takde letak kaler. kaler putih asli santan tu aje.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!