Monday, September 14

Kurang Meriahkah Raya Tahun Ini?

Hari ni adalah sedikit sibuk kat ofis. Maklumlah... nak audit 5S. Kehkehkeh. Dah dekat nak audit baru le sibuk mengemas sana sini. Iye, bukan takat rumah dan blog je kena berhias/kemas sebelum raya, ofis pun sama!


Sekarang ofis saya telah pun dilengkapi dengan lampu lip-lap berwarna-warni serta gugusan ketupat riben yang tergantung di siling ofis. Tak lupa jugak kad raya yang distapler dan digantung di dinding ofis. Keless kan?


Hm... saya perhatikan, raya tahun ni adalah kurang meriah berbanding tahun-tahun lepas. Setuju tak?


Kalau ditanya kepada para peniaga bazaar raya, ramai yang mengeluh sebab tahun ni bisnes adalah sangat slow.


Kenalan En Abah yang berniaga di bazaar raya kebanyakannya berkata yang tahun ni adalah tahun yang tak berapa syok dari segi hasil jualan. Sangat slow. Orang yang membeli-belah pun tak seramai tahun-tahun lepas.


Mungkin kerana H1N1, mungkin jugak kerana ekonomi yang masih tak berapa stabil, mungkin jugak kerana orang gomen tak dapat bonus. Banyak kemungkinan yang menjadi faktor kurangnya kemeriahan bazaar raya tahun ni.


Bagi diri saya sendiri, tahun ni perbelanjaan untuk raya adalah sangat sangat sederhana. Mood nak raya juga belum mari.


Perancangan perjalanan raya pun belum ada. Yang pastinya, tahun ni beraya di Seremban. Balik hari apa, duduk sana sampai raya ke berapa, aktiviti mengutip duit raya kat mana beraya ke rumah siapa, semuanya masih belum dirancang.


Even kereta pun belum diservis. Duit raya? Takde kot tahun ni. Kemelesetan ekonomi kami sekeluarga tahun ni.


Mungkin jugak kerana tahun ni tak beraya di rumah sendiri so kesibukan tu tak rasa sangat. Ada kawan-kawan yang request minta saya buat open house macam tahun lepas, tapi nampaknya tak dapek la kawan-kawan. Ampun! Tapi kalau sudi, mehla datang ke rumah mak saya di Cheras. :)


Pendapat dan pengalaman kawan-kawan sendiri macamana? Meriah ke tak raya tahun ni?




9 comments:

miz_eda said...

meriah ke tak meriah ke..apa yang penting..dapat berkumpul ramai2 dengan family di pagi raya..saat itulah yang paling meriah pada pendapat saya..:)

IntanSham said...

sama saja spt tahun2 lps...biasa2 ajer...

mommylyssa said...

dari segi budget duit raya mmg kurang meriah sikit laa kalau nak bandingkan dgn tahun2 lepas...tapi sbb ada anak kecik mmg ttp meriah jugak laa ;-)

By Ticer Liza Yacob said...

akak macam biasa je. tapi memang tahun ni tak membeli di PaRam. Dua kali je akak buat lawatan ke sana. hari ni dalam sejarah la akak lebih banyak memasak dari membeli. he he

akak pun tak de lg mood raya. cuma mood nak cuti malas nak gi keje je. he he. duit raya baru je hulur semalam. tak tau la dapat tukar ke tak. tapi biasanya kalau tukar pun, penghujung raya, isi sampul tu akak akan keluarkan semula. raya kat KL....tak meriah mana pun.

Ina Hashim said...

zety,

mulanya akak perasan akak sorang je yang takde feel nak raya tahun ni..bila bual ngan member opis, sumer pon ada feeling yg sama..bila bual ngan member yg duk jejauh pon rupanya sama gak..then baca entry zety nih..pon sama...nape ntah

babycomel said...

setakat jam nie saya blom buat sebrg persiapan raya sbbnye RM tara...jangankan bonus, increment pun takde...sib baik beraya di KL so takle pening pale sgt, klu balik kg harus pengsan...

Unknown said...

miz_eda,
betul3. cuma persiapan tu yang kureng sikit. bagi saya lah :)

intan,
sama lah kita.

mommylyssa,
oh untuk anak-anak memang meriah sungguh la sebab ada contribution pihak lain. ngehngehngeh.

ibu ZAAZ,
saya tahun ni jgn kata duit raya, sampul pun takde. hehe.

kak ina,
tu lah kan kak. kenapa ye rasa macam tak berapa syok tahun ni?

Unknown said...

babycomel,
itulah.mungkin disebabkan kekeringan RM maka kemeriahan (read:aktiviti shopping) tu kurang sikit.

Anonymous said...

meriah x meriah tu depends on individu, yg penting kita ikut cara islam yg suruh celebrate 1st syawal dgn hati yg gembira & penuh syukur.

selamat hari raya to u & family. have fun!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!