Monday, October 5

Imran @ 29 Months


Genap Imran berusia 2 tahun 5 bulan hari ni :)


Teringat masa raya kedua hari tu. Kami ke rumah Mak Long belah En Abah, a.k.a kakak kepada MIL saya.


Sebelum balik, biasalah bersalaman-salaman sambil bermaaf-maafan. Budak-budaklah paling seronok masa nak balik sebab masa nilah duit raya diedar-edarkan.


Semua sepupu Imran dah pun dapat duit raya masing-masing.


Sampai giliran Imran. Kebetulan masa tu Wan Long nya sedang sibuk bersembang dengan MIL saya.


Salam sudah. Peluk cium sudah. Tapi Imran still berdiri tegak dengan Wan Long. Diam aje dia sementara MIL saya berborak dengan kakaknya.


Saya cakap dengan MIL saya,

"Mak. Tengoklah Imran tu."


Teruslah MIL saya berhenti berborak.

"Alahai siannya cucu Wan ni tak dapat lagi duit raya."


"Haah la. Wan Long terlupa! Sakan benar borak sampai lupa pulak dengan cucu Wan ni!" Mak Long menyampuk.


Satu rumah ketawa dengan aksi Imran. Ye lah. Berdiri tegak je depan Wan Long nya. Sambil pandangan matanya tembus tah ke mana. Kelakar betul.


Teruslah Mak Long bagi duit raya. Dapat je duit, dan-dan tu jugak dia blah! Tak berdiri tegak dah.


Haih la Imran! Mama ni malu pun ye, rasa lawak gile pun ye.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!