Thursday, October 1

Jurnal EBM 30092009

Malu nak mengaku tapi sebenarnya sudah beberapa minggu saya tak menjalankan aktiviti mengepam di ofis. Teruknya haku!


Jadi setelah beberapa minggu tak mengepam saya sangkakan breast saya sudah kering susunya. Irma pula dah takmo direct feeding dengan saya. Bila disua dia mengamuk, tak pun dihisapnya sekejap lepas tu dia gigit sekuat hati. Ouch!


Saya ingatkan sudah berakhirlah perjalanan breastfeeding saya.


Irma pun dah bergantung sepenuhnya dengan Pediasure dan Alhamdulillah, nampaknya tumbesaran Irma dah menunjukkan peningkatan.


Entah kenapa malam tadi semasa mandi tergerak hati nak memicit. Eh! Keluar lagi susu!


Lepas Irma tidur saya cuba pam. Amazingly, saya dapat 1.5 oz! Sesuatu yang di luar jangkaan saya.


Terus berkobar-kobar nak mengepam hari ni. Kehkehkeh. Tak senonoh nya laa Zety ni.


Harap-harap Irma nak lah minum EBM yang seciput ni nanti.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!