Thursday, October 1

Imran Oh Imran #2

Berat Imran sudah cecah 18.5kg sekarang. Huii boleh tahan kan? Nak dukung pun dah tak larat dah. Takat 5 minit bolehlah.


Baju pun saiz budak umur 4 tahun. Hari tu masa nak raya, belikan jeans saiz 4 tahun. Bukan seluar panjang tapi bermuda. Elok-elok tinggi dia lah. Tapi boleh pulak terlepas pandang yang jeans tu pinggangnya bukan jenis getah. Ah sudah! Lepas beberapa jam pakai jeans tu Imran pun mengadu sambil tunjuk bahagian pinggang,

"Mama, akit.."


Nampaknya jeans tu boleh dipakai untuk raya je lah.


Perlukah saya risau dengan berat badan imran ni? FYI, Imran memang suka makan. Nampak je kita duduk kat meja makan, dia tetap nak join. Padahal dia baru je lepas makan!


Orang kata, budak tengah membesar jangan disekat sangat makan minum dia. Habih tu, kalau budak umur 2 tahun tak muat pakai seluar budak umur 4 tahun, tak ke harus dikurangkan sikit makan minumnya?


Apa pendapat korang?




Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!