Wednesday, October 21

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel

Saja nak try masuk contest. Ngee...


Imran memang suka senyum. Kadang-kadang senyum sebab excited atau seronok. Senyum kambing pun ada. Hahaha. Meh kita tengok gambar Imran.


Gambar diambil 8 Ogos 2008. Masa ni Imran baru setahun tiga bulan.



Kat playground Seksyen 7. Gambar pada November 2008 (18 bulan)



Raya 2008. This is one of my fav pic. Rasa Imran comel sangat! (16 bulan)


December 2008. Sengih sakan sebab pakai songkok. (19 bulan)

Details tentang Imran:
Nama: Muhammad Imran Danish Mohd Hazrin
Umur: 2 tahun 5 bulan



OK. Jom kita beralih kat Irma pulak.
Irma memang suka senyum tapi punyalah payah nak amik gambar dia tengah senyum.
Ni je yang ada.


Masa ni Irma 6 bulan. Suka betul dia!


Yang ni pulak masa 10 bulan. Pi Genting masa nih.


Details Irma:
Nama: Irma Adreanna binti Mohd Hazrin
Umur: 1 tahun 5 bulan


Kepada kawan-kawan yang nak join contest ni, mudah aje.

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:

    Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira

Mudah je kan? So, tunggu apa lagi? Meh la join!



3 comments:

sWeEtdARLinG said...

gud luck, mmg comel senyuman mereka berdua

@nannoor said...

Salam ziarah dari SMILEYKIDZ.

Terima kasih kerana menyertai ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL.

Entry anda telah di review.

Good Luck!! :)

~nannoor
SMILEYKIDZ Photography

Unknown said...

Amy,
tq tq.

nannoor,
terima kasih kerana sudi review :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!