Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Monday, January 18

Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat (16/1 - 24/1)

Wow CY4.0 buat lucky draw ler pulak. Bukan calang-calang lucky draw ni weh. Lucky draw untuk kurus gituk. Sangatlah sesuai dengan jiwa raga fizikal mak yang 'chomelll' ni. Haha.


Dengan ini, saya nak join Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat yang CY4.0 buat kat blog dia.

Tak payah create slogan. Tak payah perah otak nak buat karangan. Tak payah jadi follower pun.

Simple & easy mcm alif ba ta kaedahnya..

  • Lucky draw ini bermula dari 16/01/2010 sampai 12 midnite 24/01/2010.
  • Terbuka kpd blogger yg beralamat di Malaysia sahaja
  • Pemenang akan ditentukan oleh random.org. Kalau rajin, mungkin anak2 teruna saya akan buat cabutan.

  • Pastikan sebarang link yang terkandung dalam kandungan entry adalah betul.

  • First 3 lucky bloggers akan dapat 2 keping Detox Slimming Patch manakala 4 org lagi akan dapat 1 keping Detox Slimming Patch.

  • Keputusan adalah muktamad kaedahnya.

CY, mehh aa tolong mak nak kuruskan badan :P





Wednesday, October 21

Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel

Saja nak try masuk contest. Ngee...


Imran memang suka senyum. Kadang-kadang senyum sebab excited atau seronok. Senyum kambing pun ada. Hahaha. Meh kita tengok gambar Imran.


Gambar diambil 8 Ogos 2008. Masa ni Imran baru setahun tiga bulan.



Kat playground Seksyen 7. Gambar pada November 2008 (18 bulan)



Raya 2008. This is one of my fav pic. Rasa Imran comel sangat! (16 bulan)


December 2008. Sengih sakan sebab pakai songkok. (19 bulan)

Details tentang Imran:
Nama: Muhammad Imran Danish Mohd Hazrin
Umur: 2 tahun 5 bulan



OK. Jom kita beralih kat Irma pulak.
Irma memang suka senyum tapi punyalah payah nak amik gambar dia tengah senyum.
Ni je yang ada.


Masa ni Irma 6 bulan. Suka betul dia!


Yang ni pulak masa 10 bulan. Pi Genting masa nih.


Details Irma:
Nama: Irma Adreanna binti Mohd Hazrin
Umur: 1 tahun 5 bulan


Kepada kawan-kawan yang nak join contest ni, mudah aje.

  • Jadi Follower SMILEYKIDZ dan Add SMILEYKIDZ di dalam bloglist anda
  • Letak banner contest ini di sidebar blog anda dengan link ke entri ini
  • Buat entri mengenai Online Contest ~ Senyuman Ceria Si Comel ini di dalam blog anda
  • Kemudian, upload gambar si comel di dalam entry tersebut dengan senyuman yang paling ceria/happy/sweet. TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di nilai.
  • Jangan lupa nyatakan nama si comel dan umurnya.
  • Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke SMILEYKIDZ .
  • AMARAN: no link back will be disqualified
  • Bila anda dah puas hati dengan entry tu, TINGGALKAN komen dan LINK entry tersebut di dalam ruang komen entry online contest ini.
  • Tetapi sebelum itu..sila baca syarat2 penyertaan di bawah:

    Syarat-syarat Penyertaan dan disclaimer:
  • Terbuka kepada semua mommies/daddies yang mempunyai anak berusia 1hari - 4 tahun.
  • Anda boleh upload seberapa banyak gambar senyuman si comel TETAPI hanya SATU (1) gambar terbaik akan di adili.
  • Dalam gambar2 tersebut, mestilah gambar INDIVIDUAL. Kalau ada 2 orang dalam gambar itu, secara automatik gambar itu tidak akan di adili.
  • Kalau anda ada lebih dari seorang si comel, boleh upload gambar mereka tetapi MESTILAH gambar INDIVIDU tau!!
  • Entry anda HANYA akan di adili oleh SMILEYKIDZ.
  • Keputusan peraduan ini adalah MUKTAMAD.
  • Penyertaan dibuka dari 15th Oct 09-31th Oct 2009, jam 11.59pm.
  • SMILEYKIDZ akan memula sesi penilaian pada bila2 masa.
  • SMILEYKIDZ akan meninggalkan komen di dalam entri anda setelah diadili.
  • Sebarang pertukaran gambar selepas di adili tidak akan di ambil kira

Mudah je kan? So, tunggu apa lagi? Meh la join!



Friday, August 28

~Dayang's Giveaway~

Saya terbaca giveaway menarik dari Dayang bila baca di sini. Walaupun tarikh tutupnya dah dekat bebenor, tapi saya saja-saja nak join jugak. Ngee...


Cara-cara untuk join giveaway ini adalah sangat simple.

1. Tinggalkan komen di entri giveaway itu.
2. Bagitau apa barang yang paling kita suka yang ada dalam blog dia (dalam komen tu)
3. Pastu buat entri berkenaan giveaway itu di blog kita.


Senang kan?


Oh, saya semestinya paling suka barang ini:



Bolehlah dihias di rambut anak dara saya tu :)



Thursday, July 23

The Unique Wedding Photo Contest

Walaupun tarikh tutup penyertaan contest ini dah dekat, saya tak kira nak join jugak. Hahaha.


Contest ini dianjurkan oleh e-caR aka ibuEiymann yang kecik molek itu.


Justify Full
Ahahaha. Sila perhatikan tangan En Abah. Two thumbs up beb! Hahahaha. I loike.


Nama suami: Mohd Hazrin aka En Abah.
Nama isteri: Zety Zin.
Tarikh tunang: 16 April 2005
Tarikh nikah: 10 Jun 2006
Tarikh sanding: 11 Jun 2006
Tarikh Bertandang: 18 Jun 2006


Kenapa saya suka baca blog e-caR? Sebab blognya berwarna-warni, dan e-caR adalah seorang ibu yang kiut-miut, yang telah dua tahun lebih menjadi breastaurant kepada anakandanya Eiymann. Cayalah!


Erm mari letak satu lagi gambar.



Boleh En Abah buat mata stim masa orang tengah baca doa? Sabo ajelah haku.



Wednesday, July 1

Cutest Baby In Car Seat

MomBloggersPlanet sedang menganjurkan satu lagi Cutest Baby Photo Contest, anjuran bersama PhotoBookMalaysia dan juga AliceWonders. Tema bulan Julai ini ialah: Cutest Baby In Car Seat.


Marilah kita mencuba nasib dengan menyertai contest ini. Hihihi.


Hmm... saya ada ke gambar Imran atau Irma dok dalam car seat ek? Jap nak gali dulu.


OK. Jumpa.


1st contestant....


Bersama Mon tersayang....



Sorry gambar senget ;P


Nama: Muhammad Imran Danish bin Mohd Hazrin

DOB : 5 Mei 2007

Car seat dalam gambar ialah chap Sweet Cherry berwarna merah yang saya sambar di Jusco selepas mendapat discount voucher sebanyak RM70. Masih digunakan sehingga kini walaupun sudah dinodai dengan bermacam-macam benda ie serpihan biskut, roti, kencing Imran. Hehehe. Imran pun suka duduk dalam car seat ni.


2nd contetstant...


Yargh! Mari menggeliat!!!


Nama: Irma Adreanna binti Mohd Hazrin
DOB: 24 Mei 2008

Ini pun car seat/baby carrier chap Sweet Cherry. Juga dibeli di Jusco ketika sale. Hahaha. Ye, hidup mesti bajet.


Kenapa saya suka pakai car seat, kamu tanya?
Sebab memudahkan tugas seorang mama beranak dua, yang mana kedua-dua anak-anaknya sungguhlah aktif dan restless. Kalau tak duduk dalam car seat, haru biru gamaknya dalam kereta tu. Plus, bila dah terikat dalam car seat itu, Imran tidak akan dapat mencapai apa-apa di dashboard. So dia akan boring dan tertidur di dalam kereta. Hahaha. Begitu juga dengan Irma.


Lagipun, kalau guna car seat kan ke lebih selamat. Kot terkadang En Abah menekan brek secara tiba-tiba, so Imran dan Irma takde la tertonyoh hidung mereka di mana-mana bahagian di dalam kereta. Ataupun terjatuh lalu tertonggeng ke bawah. Huish. Sungguh bahaya kalau tak pakai car seat, tahu. Lagi satu extra point nya kalau pakai car seat, tangan saya akan bebas dari memegang anak-anak. So saya pun tidaklah penat dan boleh berangan mahupun tidur di dalam kereta. Hahaha.


P/S: Kawan-kawan, marilah kita memeriahkan lagik contest ini :)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!