Hari Jumaat keluar ofis awal sejam (dengan restu bos okeh). Lepas Maghrib ke PJ, cousin En Abah buat open house.
Dalam perjalanan dapat pulak call dari kawan En Abah, jemput ke rumahnya di Serdang, ada makan-makan. En Abah tak berani nak janji. Kalau sempat kami singgah.
Selesai di PJ, kami gerak ke Serdang pulak. Huih, masa tu dah pukul 11 malam. Segan sebenarnya nak singgah sebab dah malam benar. Tapi memandangkan orang dah jemput, dan saya pun kenal kawan En Abah tu, maka kami singgah jugak.
"Kita singgah sekejap la ek"
Sampai Serdang, Irma dah lena. Haih anak dara sorang ni memang pantang masuk kereta. Terus nganga berdengkur. Hehe.
Sewaktu saya melangkah masuk ke rumah kawan En Abah itu, saya dalam mode segan dan blur. Tiba-tiba saya ditegur oleh seseorang, "Zety!!!"
Oh siapakah perempuan yang comel lote yang memanggil saya ini?
Makin blur
Owh! Barulah otak saya dapat mengecam orang yang panggil saya tadi.
Kepada orang berkenaan (saya tahu anda baca blog saya *wink*), ya ampun lambat benor mak nak cam hang! Dah le tak sempat nak beramas mesra. Kita baru sampai dia pulak dah nak balik.
Kepada tuan rumah pula, terima kasih banyak-banyak atas jemputan. Terusss dapat satu 'jemputan lain' pulak kat sana. Hehe.
2 comments:
ahak! ahak!
"zety!"
mak rasa mcm pernah pakai je dialog ni hari jumaat lepas :P
terer kan mak mengecam saspek? ;)
memang terer ah!
mak yang dok terpinga-pinga masa tuh. haish. hahaha.
Post a Comment