Saya sedang dalam proses untuk menukar FM Irma. Bukanlah tukar sepenuhnya. Sebaliknya, saya nak buat sistem penggiliran. Haha.
Selama ni, selepas Irma dah takmo BF, saya beri dia Pediasure. Ini adalah atas cadangan paed untuk membantu tumbesaran Irma yang kiut miut dulu.
Pic from here
Tapi, maklumlah, yang sulung minum Isomil. Yang si anak dara minum Pediasure pulak. Memang semput mak yang berpendapatan sederhana nak membeli dua susu premium gitu. Sudahlah satu tin Isomil hanya bertahan 4-5 hari sahaja. Pediasure tahanlah seminggu. Perbelanjaan sebulan memang mencecah RM700! Huhu. How I miss bf-ing so much!
Jadi, saya pun try beli Dutch Lady 123 perisa madu tu.
Pic credit to here
So far, penerimaan Irma ok. Saya agak rasanya tak jauh beza sangat kot dengan pediasure sebab baunya lebih kurang. Tapi, setiap kali lepas minum susu tu, Irma mesti poo-poo. Dan poo-poo nya jugak cair semacam je.
Bayangkan, kalau minum susu tu 4-5 kali sehari, banyak tu jugak lah dia poo-poo. Tu belum campur sesi selepas makan nasik lagi. Haih. Sedangkan masa minum Pediasure takdelah sekerap ni dia poo-poo.
So, kepada mommies yang beri FM di luar sana, saya nak tanya, memang macam ni ke kalau kita tukar susu? Normal ke tindakbalas sistem perkumuhan anak saya tu?
Mak saya dah bising-bising pasal ni. Katanya Irma mungkin tak sesuai dengan susu tu. So, semalam saya try beli Dugro. Tak tahulah sesuai ke tak. Harap-harap ok lah. Kalau tak, mungkin saya terpaksa stick kepada Pediasure sahaja.
Pic from here
Nota ZZ: Hari tu saja try bagi nenen kat Irma. Tapi dia buat muka ala-ala loya gitu. Sedih weh. Yelah, dah sedap minum Pediasure gamaknya.
11 comments:
kalau anak poo-poo lps minum susu.. konfem die x boleh terime susu tue.. sbb I penah experience 2 anak I macam tue.. tapi diorangmacam tue mase umo blom smpi sethn.. so I x tuka susu tapi I try pakai susu utk 1,2,3 tahun.. Alhamdulillah..
agaknya susu tu 'panas' kot untuk diorang kan? hm so oklah gamaknya saya tukar susu nih.
yerla zety tak sesuai kot.
cuba try anmum sbb suffiya lepas kami berentikan pediasure terus tukar anmum so far ok pulak.
skrg ni zulaikha pun dah start curik2 minum2. Kalo suffiya letak merata botol dia, zulaikha ambik terus sedut jugak ..
susahkan nak pilih susu .. feninggg ...
Memang sah tak sesuai lah tu..kalu baby yg minum FM, tanda2 tak sesuai adalah samada akan cirit birit, tak pon sembelit@berak keras semacam..belilah tin kecik2 dolu. Tapikan, anak sdara yg 2thn ++ terus fobia minum susu lepas kakak sy asik try2 susu. Tapi nenen mak dia(curik2 share dgn adik) nak pulak..
Rrr..Zety aku memang sangat2 tak arif bab FM nih..yang aku tahu dulu masa Syaura FM yang tak sesuai untuk dia ialah bila gatal2 naik teruk kat badan dia...dia kan ada aczema...Tapi senangnya si Irma terima FM yer..Sufia tuh hari2 nenek bancuhkan FM (dugro)..buat tak reti je suruh minum pun..isk isk..
Nieza,
Memang susah. BM jugak yg bagus.
wuzz_in,
Oh terus fobia? Sampai macam tu sekali?
US,
Sufia takmo minum sebab susu umi nya syedap!
perbelanjaan susu mencecah RM700 sebulan??? Wowwwww... terjojol bijik mata mak bebbbb... hadoiii.. btollah kannnn...mmg byk duit kena spend utk FM ni. nasib lah anakku sorang je yg FM, tu pun consume 1 tin jer sbln skang ni sbb dia da makin kureng menyusu..lebih byk makan.
ku x leh nk bg pendapat laa ZZ, sbb aina pun try gainplus.. trus ok..
Intan,
Yup... RM700 nyah! Kadang2 lebih! Haru betul.
anak aku nespray, lepas bf ku amik bebelec, lepas tu tukar ke nespray hingga ke hari ni.
cuba dutch lady 123 tak serasi..
eh pediasure u bg brape byk sehari. bukan ke tak dinasihatkan utk bg more than 225ml a day, takut ada risk diebetes & obses bila besar nnt. tp u kata ur pead suggest, so i tak pasti la if its ok. cam experts kat sini tak bg exceed the amount.
so biasa i bg anak around 225ml pediasure & top up with BM or s26 or karicare.
i hope u tak anggap i pandai2 tegur u la, cuma concern..hope u check betul2 dgn ur pead. ye la, peadiasure tu supplement & bukan FM.
MMA,
Nespray ada yang lactose-free tak?
Mama-Miya,
Paed Irma takde pulak pesan apa-apa. Malam tadi check balik kat tin tu dia kata minimum 2 kali hidangan (satu hidangan = 225ml) sehari.
Mungkin kena tanya balik kat Paed tu nanti. Thanks for the info! :)
Post a Comment