Memandangkan orang gomen dapat gaji untuk bulan Oktober pada 8hb, dan bulan November pulak 25hb, maka kebanyakan pekerja gomen sekarang berpenyakit poket kering kontang.Termasuklah saya. Ngee...
Maka staf ofis saya telah membuat inisiatif sendiri dengan berpakat-pakat membawa bekalan bahan mentah, dan memasaknya di ofis. Saya? Bos (konon) hanya dipanggil selepas makanan dah siap terhidang. Hahaha. Saya menumpang makan aje. Keji dowh.
Kat ofis saya ni memang ada sorang staf yang superb bab memasak ni. Sekejap je wahhh... mee hoon (bihun?) sup dah siap. Prung prang prung prang.... nasi goreng dah terhidang di atas meja.
Menu hari ni banyaklah sikit dari sudah-sudah. Hari ni chef staf ofis saya tu masak kueh teow kerang. Kemudian dia ada bawak pulak puding karamel dari rumah. Ada pulak staf lain yang belanja yong tau fu dan roti canai. Wah! Penuh makanan di atas meja.
Tengah hari, second round pulak.
Macamana laaa tak gemok?
2 comments:
hebatt!
opis kamu ade dapur ke?
ada pantry aje. kebetulan masa pi kalumpang hari tu, ada sorg opismet bawak periuk letrik. terus dia 'pinjamkan' jap kat opis untuk memasak. haha. sabo je la kan.
Post a Comment