Tuesday, November 3

Resdung No More!

Ingat tak kes saya terbersin-bersin setiap pagi. Memang tak best langsung! Pagi-pagi sepatutnya hidung yang tak berapa mancung ni menghirup udara yang segar, bukannya kebas dek bersin yang berlebihan.


Saya yakin yang saya menghidap resdung. Sebab sudahlah bersin-bersin, muka jadi tak cun naik jerawat pulak. Gusi pun sakit-sakit (kata En Abah, resdungnya selalu membuatkan gusi dia bengkak/bernanah).


Tapi sekarang saya Insyaallah resdung-free. Alhamdulillah. No more bersin-bersin. Gusi pun dah baik. Cuma parut jerawat jek belum hilang.


Resdung ni hilang selepas saya minum susu kambing Hi Goat keluaran HR. Ala... yang jual sabun susu kambing kotak hijau tu.
 
Pic from here


Mula-mula saya tak perasan tau kemujaraban susu kambing ni. Pada mulanya saya cuma makan pil susu kambing perisa coklat yang adik saya bagi. Sebenarnya pil ni kata adik saya, sekadar supplemen. Saya pun makanlah. Masa tu memang dok terbersin-bersin je tiap pagi.


Lepas dua tiga hari saya makan pil tu, saya perasan yang saya dah kurang bersin-bersin. Tapi lepas tu saya stop makan pil tu sebab adik saya dah tak offer lagi dah pil tu kat saya. Haha.


Kemudian bersin-bersin menyerang kembali. Tapi tak teruk macam dulu. Sikit-sikit je dan saya masih boleh tahan lagi. Lepas tu nampak pulak stok susu kambing ni kat dapur. Ayah saya punya. Saya pun pau lah satu sachet. Minum sebelum tidur.


Esok paginya, wah. Saya tak bersin lagi! Sangat heaven!


Saya ingatkan kesannya tak berpanjangan. Tapi amazingly, sampai hari ni, which is selepas 5 hari, saya masih lagi resdung-free. Dan saya jarang-jarang minum susu tu (sebab ayah saya punya kan - saya pau aje :P) Cuma saya amalkan basuh muka guna sabun susu kambing + madu sebab nak hilangkan parut jerawat (yang ni pau adik punya. hahaha. kaki pau jugak saya nih). Buat masa ni parut jerawat (dan jerawat) dah makin mengecik. Alhamdulillah.


Oh dan, Imran selepas makan pil susu kambing tu (tablet kunyah sebenarnya. tapi dia namakan pil) takde pulak naik rashes ke, eczema ke. Padahal makan pil tu banyak kali la jugak. Sebab dia suka! Maknanya, protein susu kambing tu tak menyebabkan alahan.


Saya tengah sabar menanti hujung bulan (read: gaji) sebab nak beli susu kambing HiGoat untuk saya dan En Abah, dan juga set pencuci muka susu kambing ni, :)


Saya memang recommend lah susu kambing ni kat kawan-kawan semua. Mak saya yang sakit-sakit lutut pun dah tak rasa sakit lepas minum susu ni. Kanak-kanak pun boleh minum/ambil pil. FYI, susu kambing ni takde bau hamis. Rasa vanila. Sedap. Boleh diminum bersama Milo jugak. Yang penting, kena minum guna air sejuk atau air masak. Takleh guna air panas sebab nanti khasiat dia hilang.


Kepada yang berminat, saya sangat alu-alukan pertanyaan.





7 comments:

Farah said...

cik zety..saya berminat nak tahu pasal susu kambing tu..share info plis...abah saya pon sakit lutut jugak..sian tgk nak semayang pon cam seksa rasanye..

Crazee Choc's said...

ye la.. share la lagi... saya resdung gak... lepas bersalin nanti boleh la amalkan. tp rasanya org pregnant pun boleh ambik susu kambing kan?

Unknown said...

okeh Insyaallah akan dipostkan kemudian. sebab infonya takde kat saya skrg :)

haah, orang pregnant pun boleh minum sebab banyak khasiat.

miz_eda said...

yup..tell me more about it..esp utk product resdung..tak tahan asik terbersin esp lepas pekena ikan masin, belacan etc

:: LadyVerde + Mr.Doc :: said...

haaa...boley la nak recommend kat my brother n sis in law...they have resdung too...sian tgk dorang bile pepagi je hidung buat hal

wuzz_in said...

A'ah zety..ku pons nak taw jugak..sy resdung jugak.Tensen ah..dah la pepagi kejenya asik bersin, mata berair..yg penting, regenya berapa ?hehe

suci said...

Memang bagus susu higoat nie. Kalau ada asma, gaot, resdung, sakit sendi insyAllah ada perubahan lepas amalkan susu kambing ini. Orang tua saya pun saya sarankan minum susu kambing nie. Dulu diorang amalkan minum anlene tapi sejak saya syorkan meminum higoat ini nampak kesan yang lebih positif. Sakit sendi-sendi pun dah berkurangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!