Tuesday, December 8

Cerai-Rujuk-Cerai

Skandal laki orang dengan bini orang makin menjadi-jadi pulak sekarang ni.


Dulu bini A ada affair dengan B. Dah cerai, rujuk balik. Kemudian, A dapat tahu bininya masih lagi berjumpa dengan B. Siasat punya siasat, terkantoi bininya dengan B kat bilik hotel. Masa A tendang pintu bilik hotel, bininya tengah bo.gel. Astaghfirullah.


Geram punya pasal, B pun kena serang. Habih rabak muka dikerjakan A. Padan muka. JAWI pun biarkan aje. Ye lah, kalau ikut hukumannya, dah patut kena rejam dah kan? Takat rabak muka tu, apalah sangat.


Yang tambah menyakitkan hati, B itu sudah berkahwin dan ada anak(s?).


Rupa-rupanya B dengan bini A adalah satu ofis. Mula ber-couple setahun yang lalu. Mula maksiat kalau tak silap masa diorang sama-sama kena berkursus 2 minggu di salah sebuah pusat peranginan tanah tinggi kat Malaysia ni. Haih sejuk sangat gamaknya kat atas tu. Kemudian maksiat lagi dan lagi dan lagi. Nauzubillah.


Yang kesiannya anak A. Baya-baya Imran aje. Hilang kasih sayang ibu dek kerana si ibu ikutkan sangat nafsu. Sudahnya sekarang kena cerai lagi dengan A.


Ironinya, tahun depan A akan berkahwin pula dengan seorang anak dara.Harap-harap si anak dara dapat menerima anak A seadanya.


Saya harap minta dijauhkan lah perkara-perkara begini daripada saya dan keluarga.


Komen En Abah? Dia nak kumpul dui banyak-banyak, kerjaya yang kukuh, bisnes yang mantap. So lepas tu saya boleh berhenti kerja go.men. Ceh. Ingat saya jenis yang begitu ke En Abah? Saya baik tau! :D


Oh ye, ada saya bagitau bini A dan si B kerja go.men? Tapi bukan satu tempat dengan saya ye.




12 comments:

QuEeN Of 2 Heroes said...

gulp! takut saya baca kisah ni...
mintak jauh la...huhuhu

IntanSham said...

aiyyooo menakutkannnnn...

Crazee Choc's said...

Nauzubillah... byk pulak ofis gossip u ni tau.....

my said...

kisah benar ke ni? macam drama!

eh, eh. tetiba seram pulak. apa diorang ni tak takut mati ke? oh kalo takut takkanla tergamak buat, kan?

m-i-o said...

kisah benar ke ni? macam drama!

eh, eh. tetiba seram pulak. apa diorang ni tak takut mati ke? oh kalo takut takkanla tergamak buat, kan?

Unknown said...

queen: takutnya kalau jadi kat kita kan?

intan: memang takut beb. apa punya jenis manusia daa sanggup buat gini.

marisa: gossip ni en abah yang bawak balik. hehe.

mio: ni bukan takat tak takut mati. tak takut tuhan!

Queenin Murni said...

hmm.. mintak dilindungilah dr keluarga kite2 semua..

bila nafsu dah menguasai, hanya iman je boleh lawan.. :)

cysev3n said...

nauzubillah. Semoga yg terlibat diberi petunjuk oleh-Nya.

Nadiah Sidek said...

kisah benar ke ni? na'uzubillah..moga kita dijauhkn dpd perkara2 cmtu & mdh2an mereka insaf & bertaubat..

lia said...

hang ni jabatan mana? boleh aku skodeng he3...

pg td pon cter psl scandal kat hot.fm yg aku rasa ada caller sgt berlagak buat scandal...

mntk jauh dari family kita... amin...

Unknown said...

QM: Betul. Hanya iman saje yang mampu.

CY: Harap-harap macam tu lah.

Nadiah: Tiada benar melainkan yang benar belaka :)

Lia: Ni takde kena mengena dengan tempat keje aku. Hehe. Ni kisah kawan En Abah.

Unknown said...

omgoodnessssssssss ade lg ke org camniiiiiiiiii

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!