Hari ni genap umur Irma setahun tujuh bulan. Cepat betul masa berlalu.
Berat Irma masih lagi sekitar 8kg - 9kg. Tinggi 75cm. Kalau ikut kat carta paed, 75cm ialah tinggi average untuk budak lelaki 12 bulan (budak perempuan 14-15 bulan). Diapers masih lagi saiz M. Jimat sikit duit diapers. Hehe.
Irma masih lagi melekat dengan tuala. Preference nya ialah tuala lembab. Sabo je la. Kalau nak tidur tu, kalau dapat tuala lembab (spesifik: tuala yang mama dia guna masa mandi petang) haruslah Irma naik 'sheikh'. High semacam. Ahaha. Try bagi tuala bersih, tuala yang kering - tak jalan. Kalau nak tuala, dia cakap,
"Alenn... alenn..." (Tuala... tuala...)
Dah pandai ikut orang ajar alif ba ta. One two three pun agak ok lah, walaupun tak ikut turutan dan pelat, definitely. Tapi pelat itu comel, kan? :)
Suka tengok Barney. Tapi dia tak panggil Barney. Dia panggil 'aleuu' - stand for 'I Love You', lagu penutup Barney tu. Ahaha. Masa nak tidur, sambil2 high menggetel 'alenn', dia akan request saya menyanyi,
"Naniey aleuu..." (Nyanyi I Love You)
Selera makan adalah biasa-biasa saja. Tapi dia paling suka nasi goreng. Dan jugak lauk sweet sour. Paling tak tahan Irma ni suka makan pedas. Pedas untuk budak lah. Kemain laju je makan kalau benda tu pedas. Takpe ke ek?
Irma sekarang kuat menjerit. Badan je kecik, tapi suara kemain! Oh dan Irma sekarang dah pandai 'lawan balik' abang Imran. Kalau abang Imran usik dia, nanti dia babab abang dia balik. Hahaha. Nasib le korang dua beradik. Gaduh main-main takpe. Jangan gaduh betul-betul, ok?
Walaupun dah tak breastfeeding, tapi Irma tetap suka 'melekat' dengan saya. Kalau saya ada, jangan harap le dia nak dengan orang lain. Unless orang lain tu ajak dia jalan-jalan pi McD ke, kedai ke.
Dan ye, antibodi dia obviuosly lebih kuat berbanding abang dia. Kalau selsema, dia yang akan baik dulu. Itulah antara khasiat susu ibu yang paling obvious sekali hasilnya :)
2 comments:
kalau takde apa2 mslh ms irma mkn pedas, takpe je. pernah terbaca tp tak ingt katne. sy dulu kecik2 mcm irma mmg mkn pedas (mak sy ckp) & smpai skrg suka mkn pedas :)
so far, tak nampak apa2 yang pelik lepas dia makan pedas. means ok la kot kan :)
Post a Comment