Monday, January 4

Jelawat dan Asam Pedas Bungkus

Morning people! Selamat Tahun Baru!


Hari ni keluar awal. Maklumlah, first day sekolah. Sure jem tak ingat punya. Dah lah kalau nak keluar dari kawasan perumahan saya kena lalu sekolah. Kat situ aje dah start jem dah. Belum kira yang kat tol Saga & Metramac lagi. Haih.


Oh ye. Saya tak jadi nak ke sini semalam. Ramai pulak yang kensel plan. Isk.


Kelmarin (Sabtu) saya ikut En. Abah memancing dekat-dekat dengan Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Biasanya saya memang tak kuasa nak ikut. Boring lah duduk diam-diam kat situ tak buat apa-apa. Hehe. So sebelum ke sana haruslah beli majalah dengan suratkhabar untuk mengurangkan tahap keboringan.


Bayaran ialah RM25 untuk 4 jam. 3 jam pertama memang hampeh. Saya dah menguap-nguap macam hape. Majalah dah habis baca, suratkhabar pun dah berapa kali belek. Huargh. Memang bosan habis :P


Pukul 3.30 petang, tengah borak-borak dengan En Abah, tetiba pulak pancing En Abah kena sentap. Ohhh... dapat ikan!!! Ikan jelawat uols. Besar boleh tahan. Saya agak dalam 3kg lebih. Ada jugak rezeki kami memancing kat kolam tu hehe.


Balik rumah, terus siang, perap dengan asam limau kejap & masak ikan tu. Saya buat asam pedas bungkus. Ala... macam yang ada jual kat food court tu. Saya ikut resepi dari buku Kak Liza. Memang sedap!


Caranya mudah aje. Masak macam asam pedas biasa (kuah sahaja, jangan campur ikan), tapi buat pekat-pekat. Jangan campur air (kecuali untuk air asam jawa ajelah). Lepas tu, dalam aluminium foil tu, masukkan kuah asam pedas tadi, bendi, serai, ikan. En Abah alter sikit. Letak daun kari & hirisan bawang putih. Lepas tu bakar dalam 20 minit. Pergh! Memang best lah!


Hari Ahad En Abah ke kolam tu lagi. Tapi kali ni saya tak ikut. Dia pi dengan member-member ofis lama dulu.


Dapat ikan jelawat jugak. Tapi kecik sikit lah berbanding hari Sabtu tu. Tak tahu lagi nak masak apa.


Malamnya, En Abah bawak saya dan anak-anak ke Jusco Cheras Selatan. Bawak anak-anak main kat playland dia tu. Kemain seronok budak-budak. Tapi, punyalah payah nak pujuk Imran balik. Sudahnya, En Abah angkut je dia. Hehehe. Satu Jusco tu lah dengar suara Imran melalak. Nak buat macamana. Jusco dah nak tutup.


So macamana dengan cuti tahun baru korang? Ada buat apa-apa aktiviti menarik? :)



4 comments:

~ As ~ said...

makan...makan...makan...

Unknown said...

badan pun makin kembang... kembang... kembang... hehehe

Lin Chalo said...

Cik Zety, i like jelawat.. hehehe..

duk mana smpi ke jusco balakong tu?? saya duk situ2 gak.. ihiks

Unknown said...

Mrs H,
Saya kat damai jaya, dekat dengan sek perimbun / soka gakai :)

Duk kat ne?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!