Saya sedang mencari-cari play school untuk Imran. Ye, baru hegeh-hegeh nak cari. I know, I know.
Hujung minggu lepas berborak-borak dengan En Abah. Rasa-rasanya, dah tiba masa untuk hantar Imran ke play school. Sekadar 2-4 jam sehari. Nak bagi Imran berkawan. Not that Imran tak suka berkawan. Tapi, dia prefer berkawan dengan budak-budak yang jauh lebih tua dari dia; ie umur 6 tahun ke atas. Kalau yang baya dia, tak herannya dia. Entah kenapa.
Bukanlah benda yang tak baik berkawan dengan budak-budak yang jauh lebih tua dari dia. Cuma kan ke elok kalau dia berkawan dengan semua tak kira umur?
Mungkin juga bila dah bercampur dengan rakan-rakan sebaya, Imran takdelah 'buas' sangat. Bukan saya kata anak saya nakal, cuma kadang-kadang dia 'terlebih aktif'. So hopefully bila berkawan kuranglah sikit tahap 'keaktifan' dia, if you know what i mean.
Dan saya nak dia lebih berdikari. Serta boleh tambahkan minat dia terhadap buku, atau belajar. Saya nampak yang anak teruna saya ni minat belajar. Bila buka VCD alif ba ta (or abata bak kata Imran), saya perhati dia boleh fokus agak lama. VCD Barney pun macam tu. Tapi bila kita tunjuk buku, dia fokus tak sampai 5 minit. Mungkin method pembelajaran yang dia suka ialah through VCD, tapi alangkah bagusnya kalau method pembelajaran tu boleh dipelbagaikan, kan?
Buat masa ini Imran boleh count 1 to 10 in English dengan agak lancar walaupun pelat le jugak sana sini. Kalau kira dalam BM dia akan kira ikut suka hati. Ilan, Ujuh, Apan, Ilan, Ujuh, Apan. Itu yang dia dok ulang-ulang. Hehehe.
Kalau alif ba ta, kan ada VCD kumpulan Alif tu, yang dia nyanyi-nyanyi alif sampai ya tu... haaa tu kalau Imran menyampuk-nyampuk sikit dia boleh la. Dia hafal la jugak turutannya, which make me amazed la jugak. Tapi saya tak pasti dia kenal ke dak huruf-huruf tu.
Apa pun, saya yakin anak saya minat belajar. Tapi duduk di rumah bersama-sama atuknya dari pagi sampai ke petang tanpa buat apa-apa (kecuali tengok VCD dan kartun) mungkin menyempitkan peluang dia untuk explore dengan lebih meluas lagi. Bila malam, saya agak penat (dan malas. ye saya mengaku saya a bit malas) dan kesuntukan masa. Masa yang ada diperuntukkan untuk bergurau dengan Imran dan Irma. Nak belajar, rasanya better bermain dengan anak-anak. Hehehe. Mungkin kat situlah silap saya. Saya kena buat lebih research supaya boleh ajar anak-anak dengan cara yang seronok instead of formal. Kan kan kan?
Itu untuk malam dan weekend. Siang yang panjang macamana pulak? Thats why saya terfikir untuk hantar Imran ke play school. Plus beri lebih masa kepada atuknya untuk berehat dan tumpukan pada kerja-kerja lain. Plus kurangkan sikit manja Imran dengan atuk. Bukannya jealous, tapi kesian dengan ayah saya.
Ada masa-masanya Imran takmo orang lain buatkan susu, kecuali atuknya. Mandi dan cuci poo-poo pun macam tu. Kesian kat ayah saya. Bila tengah malam, kadang-kadang tu bila angin Imran tak baik, kejap-kejap dia suruh ayah saya dukung dia ke bawah, kejap-kejap naik ke bilik balik. Orang lain dia takmo. Ayah saya tu bukannya kuat macam masa muda-muda dulu. Tak sampai hati tengok ayah saya. Menggigil dia nak dukung budak berat 21kg naik turun tangga.
Jadi, kawan-kawan tahu tak kat mana play school yang best dan affordable kat area Cheras/Kajang ni? :) Preferably dekat-dekat area Bandar Tun Hussein Onn/Cheras Perdana.
Panjang berjela betul hujah sebelum sampai ke main point. Ampun.
3 comments:
errkk. mak tak dapat nk mbantu bab playschool tu sebab tak duduk area sana.
tp mak ada nk tanya soalan ni,
yg vcd kumpulan aliff tu ada part 2 ke ek? sebab yg mak bli tu, rasanya cuma baris atas sampai huruf sod ke dod ntah. tak sampai ya pun.
sekian, sila jwb soalan sy. hehe :P
mio,
mak pun tak jumpa lagik yang part 2 tuh. hehehe.
Post a Comment