Thursday, January 21

Review: Adnan Sempit

Layan cerita ni kat Ber.jaya Tim.es Sq.uare.





Pergi dengan adik saya. Duduk kat row ketiga dari depan. Tak sangka ramai yang layan cerita ni. Haha.


Asalnya saya tak terpikir pun nak tengok cerita ni. Nampak macam biasa-biasa je. tapi sebab kawan-kawan adik saya nak gak tengok, saya ikut ajelah.


Well, cerita ni bolehlah tahan. Tapi Intan Ladyana berlakon memang nampak agak kaku lah. Or maybe sebab saya memang tak minat dan tak suka dia. Sejak cerita Jelatang lagi. Haha.


Sam, lakonan boleh tahan untuk watak komedi. Not bad lah. Mungkin boleh diperbaiki lagi kot. Nampak agak berlebih-lebih sikit lakonan dia. Macam bersungguh sangat nak hidupkan watak dia tu. Tapi untuk certain-certain part aje lah. Most of the time dia adalah best. Especially bila dia speaking london yang tah hape-hape. Memang lawak lah part tu.


Kat dalam panggung tu, row belakang kitorang ni budak-budak laki yang duduk. Masa mula-mula cerita ni start, ada lah lawak spastik kat cerita tu, which is bagi saya, tak lawak sangat pun. Takat bagi saya senyum ajelah. Tapi mamat-mamat belakang row kitorang ni gelak macam nak gila. Entah apa yang lawak sangat tah. Lawak orang laki kot. Atau lawak mat rempit gamak eh.


Ada part yang saya kurang senang masa si Adnan (Sam) tu terintai satu group teenager yang bercamping belakang rumah bos dia tu - budak-budak tu tengah syok suruh budak perempuan (bohsia la kot) bukak baju. Then ramai-ramai dok kerumun perempuan tu. bohsia tu pun syokk je. Siap di-blur kan gambar bahagian dada perempuan tu lagi okeh. Sungguh getiks dan gediks.


Along dan Yana (kot namanya. tak ingat) berlakon best. Better dari Intan Ladyana. Walaupun ada gak time over over diorang tu.


Untuk cerita Adnan Sempit ni, saya bagi tiga setengah bintang. Ok lah kan untuk filem Melayu. Hehe.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!