Thursday, January 21

Review: Zombieland

Minggu lepas layan cerita ni.



Pic from Google


Cerita ni berkisarkan tentang penduduk US yang dah jadi zombie. Satu US beb. So sorang mamat ni terselamat dari jadi zombie sebab dia ada rules dia sendiri. Rules nak mengelak dari jadi seekor (?) zombie.


Well, antara rules dia yang saya ingat ialah - kena fit dan healthy (senang lari dari zombie), pakai seatbelt masa drive (kalau zombie ada dalam kereta, brake dan zombie akan tercampak keluar - yay), berhati-hati dalam toilet (zombie suka attack masa kita berada dalam keadaan paling fragile) dan beberapa rules yang lain.


Lepas tu, dalam dok kesorangan sebab dia sorang je yang survive, dia terjumpa pulak dengan sorang mamat yang dok ketagih twinkies (twiggies kalau kat sini), sorang perempuan dan adiknya yang belum jadi zombie.


Bla bla bla. Kesimpulannya cerita ini dok tak habis-habis dengan zombie yang sebok nak makan manusia.


Pendapat saya? Mula-mula rasa nak muntah sebab asyik nampak zombie je. Sana sini ada mayat hidup yang sungguh tak menyelerakan. Biasa-biasa je la cerita ni. Tak tengok pun tak rugi kot. or maybe simply because bukan selera saya cerita-cerita gini.


Adalah gak part-part yang lawak, tapi... hm... senang cerita, saya bagi dua setengah bintang lah. Boleh?


Ada sesiapa yang dah tengok cerita ni? Apa pendapat anda pulak?





Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!