*Phew*
Morning people!
Baru start kerja hari ni. Dua hari EL sebab Irma demam. Last Saturday bawak dia ke klinik kat Seremban. Doktor suspek denggi.
Hari Ahad malam, Irma meragam takmo makan, takmo minum susu. Tidur pun tak lena.
Isnin, mama cuti sebab Irma asyik nak dengan mama je. Demam dah kebah sikit. Tapi still takmo makan and minum susu. Badan pun susut dah. Punyalah susah nak naikkan berat badan dia, tapi dalam masa 2 hari je badan susut macam apa.
Mama perasan tiap kali Irma makan, dia dok pegang mulut dia then nangis. Mama suspek gusi dia sakit. Gigi taring, which is gigi terakhir dia yang tak tumbuh lagi, kat bahagian bawah (kiri kanan) nak tumbuh la tu. Alahai siannya dia. patutlah tak nak makan.
Kalau kita yang dah tua bangka ni sakit nak tumbuh gigi bongsu tu pun boleh demam-demam, ni kan pulak budak kecik kan. Mama dulu siap merayu mintak ubat tahan sakit kat doktor. Sebab tension takleh makan. Haha.
So, bagi Irma makan bubur nasi. Hah hamek ko punyalah dia lapar. Habis semangkuk.
Isnin malam tu, Irma tak boleh tidur langsung. Berguling-guling dia atas katil. Seriously. Lepas tu asyik laa pegang mulut dia. Kesian betul.
Hari Selasa, mama cuti lagi. Bawa Irma jumpa paed. Bila paed check, tengok-tengok memang dah bengkak sangat gusi dia. So paed bagi gel untuk sapu kat gusi dia tu. Gel tu untuk surutkan bengkak and kurangkan rasa sakit.
Alhamdulillah lepas sapu Irma ok sikit. Siap boleh makan biskut lagi. Hehe. Bubur pun dia makan dengan banyaknya. Siap bertambah-tambah.
Malam tadi, Irma dah start tidur lena balik. Secara automatik nya, mamanya pun dah tidur dengan lena jugak. Krohhh krohhh :P
No comments:
Post a Comment