Friday, January 15

Tak Sesuai Nak Oii!!

Ayah saya jenis yang suka tukar-tukar channel kat Astro, tanpa rujuk kat 'info' terlebih dulu. Dia akan browse dari satu channel ke satu channel, and stop kat mana yang dia berkenan.


Malam tadi tengah ayah saya asyik browse channel sports, salah satunya tengah tunjuk wrestling. Ayah saya tak minat, jadi dia tukar ke channel lain. Tapi, ada pulak orang yang marah. Tau siapa?


Ya. Imran. Hahaha.


Bersungguh-sungguh dia suruh atuknya tukar tengok wrestling balik. Lepas tu, dia layan la wrestling tu. Siap mulut bebel-bebel dengan bahasa separa Jerman. Ayah saya tukar je, dia mengamuk.


Haih anakku. Janganlah kecik-kecik lagi dah layan acara sukan begitu (yang bagi saya, tak sesuai dikategorikan sebagai sukan). Better la layan bola macam bapak Ban, dari layan wrestling. Tak sesuai nak oii!!


Lepas-lepas ni kena ingatkan ayah saya supaya jangan sekali-kali tayang rancangan wrestling kat anak saya lagi. Huhu.




3 comments:

Anonymous said...

ya Allah, cutenye minat wrestling. Huhuhuhuhu..

ibusumaiyah said...

EH ..jumpa saya ngan mama miya kat sini...

zety.. saiz badan imran..sesuai untuk wrestling la ...tapi tetap cute..

akak nak link ngan blog awak yer...

Unknown said...

mama-miya: kejap kejap dia cakap "hu.. akit!", ataupun "yahh!! yah!!!" masa orang tu dok ber wrestling. haru!

kak linda: memang sesuai sangat! dengan abahnya pun dia selalu wrestling. haha.

sila sila link :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!