Sudah lama tidak membaca novel Bahasa Melayu. Last novel yang saya baca ialah Breaking Dawn.
Memandangkan saya baru saja membeli 3 buah novel Jumaat lepas, maka semangat untuk membaca novel adalah berkobar-kobar. Haha.
Jumaat malam tu saya baca Cinta Kepala Batu. Saya ni jenis kalau dah start membaca memang susah nak stop. Sudahnya saya tidur pukul 4 pagi semata-mata nak habiskan novel tu! Hahaha. Gila ah. Dah lama tak buat gini. Dahla tidur pukul 4 pagi, siap dengan nangis-nangis macam hape. Menghayati habislah kononnya.
Sudahnya pagi Sabtu saya adalah sangat mengantuk dan mata juga adalah bengkak-bengkak dek menangis tersedu-sedu di tengah malam.
Hari Ahad saya berjaya habiskan novel Yang Sebenarnya. So, 2 down, 1 to go! Hoyeh!
Nota ZZ: Serasa mau ke sana lagi hari ini, nak beli novel yang lain pulak. Ah sudah. Mulalah start balik hobi mengumpul novel ini. Hahaha. Ada sesiapa yang nak ke sana jugak hari ini? Hari ni last day tau!
2 comments:
jiey tak suka baca nove, penat nk habiskan..
=P
jiey,
tapi kalau sekali dah start baca, nak tak nak akan habiskan jugak :)
tu saya la. hehe.
pink dan biru,
will do. thanks for inviting :)
Post a Comment