Kalau Umi Sufira tidur berduaan dengan suaminya yang terchenta, Sabtu lepas kami tidur bertiga tanpa En Abah. Huhu.
En Abah ikut BIL nya pi memancing kat Linggi. Katanya balik dalam pukul 2 pagi. Tapi sampai tengah hari esoknya baru nampak muka! Sebab air laut surut. Pukul 4 pagi baru start pasang. Hahahaha. Lainkali sila buat persediaan rapi ye En Abah.
Biasanya budak-budak ni memang payah betul nak tidur, lagi-lagi kalau kami kat Seremban. Yelah, sepupu-sepupunya ramai. Seronok la diorang ni bermain sampai lupa nak tidur. Kadang-kadang sampai MIL dah tutup lampu kat ruang tamu pun diorang takmo tidur gak. Over stimulate gamak eh.
Tapi, Alhamdulillah Sabtu malam tu senang pulak budak-budak ni tidur. Sebelum tidur tu saya siap pesan kat diorang, "Malam ni tidur awal ye. Abah takde. Tinggal kita aje. So kita kena tidur awal ok."
Imran lepas minum susu terus zzzz.... As for Irma, masa nak tidur tu memanglah cepat je dia lena, tapi malamnya banyak kali dia meragam. Asyik bangun aje. Lepas tu asyik mintak susu. Biasanya tiap-tiap malam dia bangun sekali je. Saya rasa sebab cuaca agak panas kot malam tu. Tu yang dia pun tak selesa nak tidur. Sampaikan bantal dia pun basah dek peluh.
Sudahnya, saya tak buat susu, tapi bagi dia air masak. Banyak jugalah dia minum. Nampak sangat dia haus. Lepas tu barulah dia lena sampai pukul 9 pagi.
Sepanjang En Abah pi memancing, Imran asyik la dok tanya, "Bapak gi apa?" Lepas tu dia jawab sendiri, "Bapak gi ancing ikan." Hehehe. Tapi kesian jugak tengok dia asyik laa dok tanya mana En Abah. Tu baru satu malam tu. Macamana la agaknya kawan-kawan yang suaminya kena kerja jauh-jauh dalam masa yang lama. Memang saya tabik habis lah dengan korang!
No comments:
Post a Comment