Wednesday, February 17

I Sebok!

Membaca blog QM, oh saya sangat memahami apa yang dia maksudkan. I feel you, babe! Memang sangat bahang sejak dua menjak nih!


Hujung minggu di Seremban rasa masa berlalu sangatlah slow. Anak-anak saya mandikan sampai 4 kali sehari sebab panas sangat. Lagi-lagi Imran yang tak boleh berpeluh sangat. Kalau banyak sangat peluhnya mulalah menggaru sana sini. Kulit pun jadi merah-merah sampai naik biji biji ruam. Malam sebelum tidur pun saya basah-basahkan sikit badan diorang.


Dek kerana bahang yang tak dapat ditahan, kitorang tak tidur kat bilik. Tapi tidur kat ruang tamu. Bilik En Abah tu lain sikit dari bilik yang lain sebab silingnya rendah. So bila musim panas macam ni, rasa macam dalam oven pulak bilik tu. Hehe. Ok. Exaggerate di situ.


Nak tidurkan dua orang budak ticit kat ruang tamu ni, especially the youngest one adalah sangat tricky. Kalau kat bilik tu, ye lah, ruangnya terhad, so dia ala-ala sangap lah tak tahu nak buat apa kan. Ni bila tidur kat ruang tamu, macam-macam tempatlah dia explore. Siap masuk bilik MIL saya, then kejut MIL yang hampir lena tu, "Wann.... Wan..." Sabo sajelah.


Malam Ahad tu, kitorang dah lena tidur. Tiba-tiba dengar bunyi "bedebuk!" dan diikuti dengan suara Irma menangis. Rupanya dia terjatuh lepas percubaan memanjat meja dalam gelap! Habis bibir pecah berdarah. Isk isk anak dara ni.


Malam Isnin pulak, saya dan En Abah layan movie (maklumlah tidur kat ruang tamu). Imran dah lena lepas minum susu. Tinggal Irma je yang baterinya tak habis-habis lagi. Dia main-main tepi comforter so saya biarkan ajelah sambil jeling-jeling sekali sekala. Tup tup botol air masak untuk buat susu tergolek dan airnya tumpah sikit.


Irma yang panik takut mamanya bertukar jadi singa betina marah teruslah kata, "*%&*(& $&^T i don't know!" Siap geleng-geleng kepala and gerakkan jari telunjuk tanda tak tahu okeh. Singa betina ni pun tak jadi nak bertukar lepas tengokkan gelagat Irma yang tak pasal-pasal skipping London nih. Tak mengaku buat salah pulak tu. Hahaha.


Masa on the way balik ke Cheras pulak, dalam kereta anak dara dok membebel sorang-sorang dalam bahasa dia. Tiba-tiba asyik repeat ayat ni,

   "I sebok. I sebok. I sebok."


Hahaha. Sebok lah sangat. Tah mana dia dapat ayat tu tah. Tak pernah pulak saya cakap macam tu. Dapat dari drama Melayu gamak eh.


2 comments:

IntanSham said...

hahahaa.. lawak laa irma.. comel jek dengo. kalo anak mak kan, dia suka berangan main tepon, sambil ckp.. "u kat mana nih??"
apakahhhh??? :P

Unknown said...

hahaha tu mesti dia selalu dengar mak nya cakap cenggitu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!