Agak buntu dengan perangai anak teruna saya sekarang ni.
Kalau dia nak apa-apa, seboleh-bolehnya kena tunaikan. Kalau tak, malam nanti dia mengigau dan mengamuk sakan macam apa. Kalau setakat ngigau sikit-sikit tu takpe lah jugak, ni menangis meraung-raung macam kena dera. Lepas tu mengamuk-ngamuk nak dekat sejam jugaklah. Huhu.
'Nak apa-apa' yang saya maksudkan bukanlah apa sangat. Takat nak tengok dvd ultraman atau dvd alif ba ta lah, contohnya. Biasanya, time orang tengah sedap tengok TV, time itulah dia nak tengok dvd. Bila tak bagi, mulalah tantrum nya. Tapi sekejap aje. Lepas tu ok dah. Dia sambung main balik. Tapi, tunggulah pukul 1 atau 2 pagi. Haaaa... masa tu rasa macam mamanya pulak nak throw tantrum gila-gila. Hahaha.
Kalau turukan semua kehendak dia, saya rasa tak elok untuk perkembangan dia. Yelah, ikutkan je semua kehendak dia tanpa bantahan, kan ke tak elok? Ke saya salah? Tapi, kalau tak turutkan, get ready ajelah tengah-tengah malam buta tu. Bukan sekali dua jadi macam tu. Tiap-tiap kali. Macam ada switch pulak dalam badan dia. Memori 'tak dapat' tu terbawak-bawak sampai ke tidur.
Normal ke macam ni? Apa caranya supaya dia tak ngamuk-ngamuk macam tu ye? Ke, patut ikutkan aje apa yang dia nak?
5 comments:
memang normal sis, biaselah...budak2.
dari sudut psikologi (saya bukan expert tapi just dari melalui pembacaan selalu), kalo dia mintak something yang memang mendatangkan faedah cam nak tgk vcd alif ba ta, time tuh otak dia memang berkembang untuk mempelajari sesuatu. so kalo boleh tunaikan, then tunaikan.
tapi depends pada parents juge. jgn manjakan sangat sampai semua kehendak dia diturutkan. cakap ngan dia elok2 "mama nak tgk nih kejap ye...pasnih kite bukak vcd tuh...kejap je...sayang mama kan? adik budak baik kan? so kejap ye...jaap je".
well, tepuk dada tanye selera, kalo boleh beralah, then beralah. kalo tak mau beralah....cakap dengan baik dan buatkan dia rase senang dan bukan ditindas (kanak2 senang terasa camnih because they want to feel rapat dan diberi perhatian dari parents mereka). kalau menolak, just menolak dengan baik dan buat dia rase selesa. that's all :)
good luck sis~!!
oh alahai takmo la rasa macam dia ditindas. bunyik macam kejam je haku nih. haha. haruslah kurangkan level 'singa' macam nih :)
thanks :)
hmmm i face this too.. mmg tiring and tension..
zaim nak walking.. walking juscoo...
zaim nak pukul adik...
zaim nak sepah...
zaim nak itu...
zaim nak ini...
jenuh pujuk elok2 bg reason itu ini.. tak menjadi.. lagi meraung sampai sedu2... pattern nangis pun dh lain (rasenye dia tiru budak kt school dia kot..)dulu tak macam ni.. ;( dulu mendengar kate... anak-anak semakin membesar... mcm2 kerenah..
baid,
nak sepah dengan pukul adik pun dia announce dulu ek? bijak bijak! :)
hahhhhhh i pun face the same situation. my irfan pun tantrum ja keja dia skang nih, yang tak bestnya siap baling2 barang kalau dia marah. kena kita kan sakit kan. mana la i tak menyinga huhuhu
http://twinkywinkystars.blogspot.com
Post a Comment