Tuesday, February 23

Untuk Ibu-Ibu Yang Sudah Tidak Menyusukan Anak Mereka...

saya nak tanya satu soalan.


Benda ni jadi kat saya.


Seperti ramai yang sedia maklum (ramai lah sangat!), saya hanya berjaya bf kan Irma hingga umurnya setahun dua bulan sahaja. So sekarang ni dah lebih kurang 7 bulan saya stop bf. 


Persoalannya,

ada masa-masanya saya rasa B saya sedikit bengkak and bila saya picit, keluar cecair warna kuning cair-tapi-takdelah-kuning-cair-sangat. Kuantitinya takdelah memancut macam zaman bf dulu, ala-ala mengalir lesu gitu, tapi berterusan lah. And, bila saya rasa, cecair tu rasa masam-masam gitu. Macam susu basi pulak.


Normal ke benda ni ye? Risau pun ada, pelik pun ada. Nak ke klinik, tapi saja nak tanya dulu kawan-kawan, kot-kot ada pengalaman yang sama dengan saya.



3 comments:

m-i-o said...

alamak. ini memang di luar bidang kuasa mak la. sebab mak still breastfeed lagi. cuma dah laaamaaaa berhenti mengepam.

tp klo dah tak menyusu, awat susu tu bleh keluar ekk? tiada demand maa...:P oh, sedikit anggapan nakal di situ. kahkahkah!

mak lainlah. budak tu masih nk mengempeng. mmg still ada rasa bengkak2 bila dh lewat petang.

Unknown said...

hepp! amboi beranggapan nakal ye mio. noti tau. hahaha. sila jangan bayangkan dalam bentuk visual ye. hahaha.

hally said...

perpartum kot...http://www.diyaluna.com/diary/2009/10/28/prepartum-kolustrum/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!