Haih. Kenapalah setiap Isnin mesti ada something yang terjadi?
Semalam saya MC. Cherry berry sampai kebas bon bon okeh. Dah la tumpang kereta En Abah, yang bermaksud, walaupun saya MC, saya kena ikut En Abah ke mana jua dia pergi. Sekejap ke Shah Alam, sekejap Puchong, sekejap ke Putrajaya.
Saya yang kepenatan dek sesi berulang-alik ke toilet banyak kali, tidur ajelah dalam kereta.
Sampai hari ni badan juga adalah sakit-sakit.
Lepas sesi memerah keringat konon! Jumaat lepas, Sabtu pula ada sesi mengemas rumah MIL dan bersedia untuk kenduri. Masa kenduri baru nak mula, anak-anak kepenatan dan tertidur dalam bilik. Tapi masa orang tengah baca Yasin pulak anak bujang terbangun. Terkejut agaknya, dia asyik nangis je.
Yang paling 'best', dia nak mamanya sahaja yang dukung dia. Sahaja okeh. Orang lain tak boleh dukung dia. Patah pinggang mama nak dukung anak teruna nih.
Hari Ahad pulak, En Abah ajak balik awal sebab nak ke Pesta Buku. Punyalah ramai umat. Sempat le rembat 3 buah novel, dan 7 buku untuk anak-anak.
Ahad malam, perut dah start meragam. Cherry berry rupanya. Isnin pagi saya gagahkan juga pi kerja. Tapi perut still memulas. Ajak En Abah ke klinik, doktor bagi 1 hari MC. Malamnya saya dah tak larat gila. Semalam 7 kali keluar masuk toilet. Dah lah penat dari Jumaat tak hilang lagi, tambah pulak dengan perut yang memulas. Huhu. Masa tengah gosok baju pun saya boleh terlelap. Hahaha.
Pagi ni sakit dah berkurang. Tapi dah mula sendawa angin busuk tu. Sah saya ni keracunan. Harap-harap trip ke toilet dapat dikurangkan hari ni. Penat weh!
3 comments:
Cepat baik yea!
hope u dah sihat. i kalau cherry berry pun surrender. last kena bulan lepas... 2hb feb... huhuhu..
jiey: thanks :)
cik pau: belum berapa sihat lagi. memang penat kan kalu kena cherry berry ni. adeh.
Post a Comment